Gabungan Empat Parti Politik Dalam Kerajaan Perpaduan Kuat – PM

PUTRAJAYA, 1 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan empat parti politik utama dalam Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan. Mengesahkan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan, Anwar berkata Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan. “Komplot […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Bantu Rakan Politik Hadapi PRN – Bung

KINABATANGAN, 1 Mei – UMNO Sabah bersedia membantu rakan politik lain di Semenanjung yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing tahun ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya sedang menunggu dan akan meneliti jemputan untuk membantu rakan tersebut. “Kebiasaannya memang ada diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) pusat. “Kita akan menunggu dan akan meneliti […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Pekerja, Teruskan Usaha Membina Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Pekerja kepada semua tenaga kerja serta teruskan usaha ke arah membina Malaysia Madani. Ujarnya dalam satu hantaran di Facebook, ternyata sumbangan mereka besar maknanya dalam pembangunan dan kejayaan Malaysia seperti mana hari ini. “Sempena sambutan Hari […]

» Read more

Ribuan Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden UMNO

PUTRAJAYA, 30 April – Rumah terbuka merupakan satu pendekatan paling baik bagi menunjukkan sikap muafakat antara kaum yang ada dalam masyarakat Malaysia. Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung mengunjung dan hormat menghormati antara satu sama lain selain keterbukaan dan keakraban UMNO bersama masyarakat. Rumah terbuka Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad […]

» Read more

Keputusan Pembahagian Kerusi PRN Ditentukan Selepas DUN Dibubar – Mohamad

REMBAU, 30 April – Keputusan pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hanya akan dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dibubarkan nanti. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu akan dibuat di peringkat pusat dalam blok BN serta PH, dan proses rundingan mengenai agihan […]

» Read more

Pembahagian Kerusi PRN: BN Tidak Akan Ketepi Komponen Lain

IPOH, 29 April – Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti-parti komponen BN. “Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama. “Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi […]

» Read more

UMNO Sasar Rampas Parlimen Pasir Salak, Dua DUN – Ahmad Zahid

PASIR SALAK, 29 April – UMNO menyasarkan untuk merampas semula kerusi Parlimen Pasir Salak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Saya harap dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti atau (apabila) kita ada Pilihan Raya Negeri Perak nanti, kita mahu rampas kerusi dua […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Semak Kadar Peruntukan Purata Sekolah Menengah Persendirian

KUALA LUMPUR, 29 April – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan agar menyemak kadar peruntukan purata Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) dan Sekolah Agama (SA) agar dapat diseragamkan. Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, agihan peruntukan bagi kedua-dua jenis sekolah ini membangkitkan persoalan dari segi purata jumlah peruntukan yang diberikan. “Baru-baru ini umum mengetahui bahawa sebanyak RM 15.7 juta telah diluluskan oleh […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Secara Dasar Setuju Sedia Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang – Ahmad Zahid

BALING, 27 April – Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju menyediakan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang namun ia hanya untuk perbelanjaan pentadbiran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perkara itu sedang dimuktamadkan, dengan perbincangan sedang dijalankan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan pihak berkaitan, dan pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Perdana Menteri […]

» Read more

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Pimpinan Wanita Tekad Fokus Agenda Ekonomi, Pembinaan Negara Bangsa

KUALA LUMPUR, 27 April – Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan kali pertama hari ini telah memuktamadkan pengisian Konvensyen Wanita Perpaduan dengan fokus kepada agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani. Menerusi satu kenyataan, mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH), […]

» Read more
1 1,070 1,071 1,072 1,073 1,074 2,272