Mohamad Percaya Mindef, ATM Manfaatkan Bajet 2024 Dengan Telus, Berhemah Dan Berintegriti

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yakin kementerian dan Angkat Tentera Malaysia (ATM) akan berusaha sedaya upaya agar peruntukan Bajet 2024 dimanfaatkan dengan telus.

Begitu juga katanya yang bersyukur atas pembentangan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, ia akan digunakan dengan secara berhemah serta berintegriti demi sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur.

“Mewakili seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Melaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri atas keprihatinan kepada keperluan kami.

“Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani ini semestinya akan menambah iltizam dan semangat anggota-anggota ATM untuk sentiasa mempertingkat kesiapsiagaan demi kedaulatan tanah air Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga selaku Menteri Kewangan yang telah memperuntukan sejumlah RM19.7b kepada Kementerian Pertahanan di dalam Belanjawan Negara 2024 yang dibentang di Parlimen, Jumaat petang. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.