Kerjasama Pada PRN, Strategi Terbaik Perkukuh Kekuatan Dan Kemenangan – Lokman

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berpandangan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah strategi terbaik bagi memperkukuh kedudukan parti. Katanya, situasi politik yang tidak menentu menuntut UMNO melalui kerjasama tersebut kerana kemenangan adalah kunci utama bagi parti. “Sebagai parti politik apa yang kita harapkan, […]

» Read more

Muafakat Keluarga Besar UMNO Dicemburui Oleh Musuh – Mazalan

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pembahas mewakili Negeri Sembilan, Mazalan Maarop berharap ahli parti untuk bertanggungjawab secara bersama dalam mempertahan parti keramat ini. Katanya, ianya sangat penting untuk dilakukan apatah lagi parti lawan yang pada ketika ini cemburu dengan ukhuwah kekeluargaan dimiliki UMNO. “Muafakat kita sebagai sebuah keluarga besar ini yang sebenarnya dicemburui oleh musuh-musuh kita. Kita perlu memasuki pilihan […]

» Read more

Kongres Ekonomi Melayu: Manifestasi Kepercayaan Kepada Pelapis Kepimpinan Muda

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kongres Ekonomi Melayu yang bakal dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO adalah satu manifestasi kepercayaan kepada pelapis kepimpinan muda sebagai bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, isu ini amat dekat dengan orang Melayu yang memerlukan pendekatan, strategi, dasar, pelan, […]

» Read more

Tindakan Pas Samakan Isu Pemilikan Rumah Pulau Pinang Dengan Palestin Dikemuka Tanpa Fakta

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin menempelak Pas yang menyamakan isu pemilikan rumah di Pulau Pinang dengan Palestin di laman rasmi Twitter parti itu. Katanya, kesemua hujahan dikemuka adalah tanpa fakta sebaliknya dilakukan dengan penuh sentimen bagi menanam kebencian. “Bilalah hampa nak beriman dan berakal? Ternyata Pas sekali lagi […]

» Read more

Wanita UMNO Hargai Semangat Begitu Jitu Ditunjukkan Perwakilan Sepanjang PAU 2023

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meluahkan penghargaan atas semangat yang begitu jitu ditunjukkan perwakilan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang lalu. Beliau berkata penganjuran PAU kali ini ternyata membawa justifikasi tersendiri dalam menongkah arus gerakan parti demi kelangsungan perjuangan. “PAU 2023 telah pun melabuhkan tirainya. Selama hampir empat hari kita […]

» Read more

Ahmad Zahid Dapat Kebenaran Khas Lawat Najib Di Penjara – KDN

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Penjara Kajang bagi menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata lawatan itu dilakukan mengikut Peraturan 86, Bahagian 10, Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Saifuddin menjelaskan peraturan itu […]

» Read more

Beri Elaun Atau Tetap Harga Syiling Rumah Sewa Bantu Mahasiswa – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap kerajaan untuk menimbang masalah berkaitan isu kediaman mahasiswa di universiti. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh memberikan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini termasuk melalui pemberian elaun dan penetapan harga syiling rumah sewa. “Kami mohon juga untuk melihat isu asas bagi adik-adik mahasiswa yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan iaitu […]

» Read more

PAU 2023 Jadi Medan Pertautan Pimpinan, Akar Umbi Kembali Kukuh – Fikhran Hamshi

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang telah berlangsung dengan jayanya menjadi medan untuk para pimpinan, perwakilan, ahli dan akar umbi kembali bertaut selepas pelbagai peristiwa besar berlaku dalam parti. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi berkata, seiring dengan perkembangan politik yang semakin dinamik, sudah semestinya ahli-ahli parti masih keliru dengan apa yang […]

» Read more

Pas Masih Kelirukan Rakyat Kononnya Kalimah ‘Allah’ Terancam – Khairuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menempelak Pas sambil menyifatkan parti itu sengaja mengelirukan rakyat berkenaan kalimah Allah. Jelas beliau ini kerana hakikatnya telah ditegaskan berulang kali oleh kerajaan dengan pendirian tegas sebagaimana titah Raja-raja Melayu bahawa kalimah Allah adalah milik umat Islam sahaja dalam konteks di negara ini. […]

» Read more

Hasrat UMNO Anjur Kongres Ekonomi Melayu Satu Langkah Tepat – Aznan Tamin

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Aznan Tamin berpandangan keputusan UMNO untuk menganjurkan Kongres Ekonomi Melayu merupakan satu tindakan yang tepat. Menurut beliau hasrat berkenaan telah disuarakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO dan kemudiannya dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi […]

» Read more
1 1,033 1,034 1,035 1,036 1,037 2,272