Anwar Cadang Tingkatkan Hubungan Ekonomi Dengan AS Menerusi Tumpuan Kepada Perdagangan Dan Pelaburan

JAKARTA, 7 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kerjasama selanjutnya dengan Amerika Syarikat (AS) menerusi tumpuan terhadap kerjasama ekonomi yang lebih mendalam melalui perjanjian kerangka pelaburan dan perdagangan serta libat urus ekonomi yang meluas. Beliau menegaskan pentingnya menyokong pelaburan langsung asing, mengembangkan perusahan mikro, kecil dan sederhana ke peringkat antarabangsa, mempromosi pertumbuhan hijau untuk kemampanan iklim dan […]

» Read more

Hentikan Segala Hasutan Jahat Pihak Berkepentingan, Pertahankan Institusi Presiden – Sharif Musa

LAHAD DATU, 7 Sept – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menggesa semua pihak khususnya ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama berusaha menghentikan segala hasutan jahat pihak berkepentingan dengan terus-terusan menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan keputusan mahkamah Isnin lalu. Katanya, keputusan mahkamah telah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu yang antara lain alasan […]

» Read more

UMNO/BN Hormati Status Quo, Bersedia Hadapi Sebarang Cabaran – Ismail

BAKRI, 7 Sept – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghormati status quo bagi pemilihan parti yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang sebelum ini diwakili rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara (Amanah). Ketua UMNO Bahagian Pagoh Datuk Ismail Mohamed berkata, fokus dan cabaran UMNO dalam siri kempen […]

» Read more

Proses Representasi Adalah Proses Biasa Prosiding Jenayah – Peguam

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal memaklumkan bahawa representasi adalah proses biasa di peringkat mana-mana mahkamah bagi pertimbangan oleh Peguam Negara. Katanya representasi adalah hak Peguam Negara untuk menerus atau mengugurkan sesuatu pertuduhan. “Proses representasi adalah suatu proses biasa untuk mana-mana prosiding jenayah, bermula di Mahkamah Majistret sehingga Persekutuan. “Sebagai contoh kes pengedaran dadah berbahaya, apabila […]

» Read more

PRK: Jangan Sia-siakan Peluang Sabtu Ini, Tolak Manipulasi Isu Saat Akhir – Sharkar

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Rakyat khususnya pengundi di kawasan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu menggunakan peluang yang ada pada Sabtu ini dalam usaha mengekalkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan. Ahli Majlis Kerja Teringgi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata keputusan berkenaan amat penting demi kelangsungan kepentingan […]

» Read more

Pilih Wakil Rakyat Yang Efektif, Selari Antara Kerajaan Negeri Dan Pusat – Khaled

BAKRI, 6 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru pengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram memilih wakil rakyat yang selari dan ada hubungan antara kerajaan negeri dan pusat. Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu, ini akan membolehkan wakil rakyat tersebut mampu memberikan khidmat yang efektif serta berkesan dalam menyelesaikan […]

» Read more

Rancang Tebuk Atap, Pas/PN Tidak Hormat Keputusan Rakyat Pada PRU Lalu – Nur Jazlan

PULAI, 6 Sept – Pas/Perikatan Nasional (PN) tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat kerana masih merancang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui cara lain seperti menebuk atap dengan mencuri ahli-ahli Parlimen pihak lawan. Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu Pas masih menjanjikan penyokongnya untuk membentuk kerajaan di persekutuan sekiranya […]

» Read more

1,144 Projek Libatkan RM61.1 Bilion Dilaksanakan Di Sabah Tahun Ini – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 6 Sept – Sebanyak 1,144 projek merentasi kementerian dengan jumlah peruntukan RM61.1 bilion dilaksanakan di Sabah sepanjang tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata jumlah projek berkenaan adalah jumlah terbesar berbanding negeri lain dan jumlah projek berkenaan telah meningkat daripada tahun lepas iaitu 1,048 projek dengan peruntukan sebanyak RM48.1 bilion. “Selain itu, […]

» Read more

Nazri Abdul Rahman Mahu Perkasa Program Kebajikan Sedia Ada Di Simpang Jeram

MUAR, 6 Sept – Meskipun tiada manifesto khusus diumumkan untuk pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman berkata perjuangan yang dilakukan oleh penyandang kerusi itu, sebelum ini akan diteruskan. Nazri berkata beliau yakin apa yang telah ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu legasi yang perlu diperkasakan, terutamanya berkaitan kebajikan rakyat […]

» Read more

Mohd Jafni Seru Pengundi Buat Pilihan Sebaiknya, Pilih Calon Kerajaan Perpaduan

PULAI, 6 Sept – Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berharap agar para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram membuat pilihan sebaiknya dengan memberikan peluang kepada calon-calon Kerajaan Perpaduan. Jelas Exco Kerajaan Negeri Johor itu, beliau amat bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar agar […]

» Read more
1 1,031 1,032 1,033 1,034 1,035 2,352