Setahun Di Dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO Terbukti Tidak Lari Daripada Landasan – Ghulam

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pelbagai polemik yang timbul sejak akhir-akhir ini termasuklah tohmahan UMNO menjadi ‘barua’ Dap dilihat satu kenyataan yang cukup dangkal malah tidak berpaksikan kepada realiti serta hakikat yang sebenarnya.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Gulam Mustakim setahun UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu memperlihatkan peranan sebenar parti berkenaan.

Malah kata beliau lagi menyingkap setahun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, pelbagai perkara dapat dilihat serta dilaksanakan untuk manfaat rakyat termasuklah Melayu/Islam.

“Singkap setahun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri, tengok semula percapaian beliau. Islam dan Melayu diperkasa serta dinobatkan secara sistematik dengan perbelanjaan yang lebih besar,” katanya menerusi catatan di Fecabook.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Batu seterusnya menyingkap bagaimana pembentukan kerajaan perpaduan hari ini termasuklah kerjasama UMNO itu sendiri dalam struktur pemerintahan yang ada hari ini.

“Pasca PRU15 UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk tubuhkan kerajaan perpaduan atas titah Yang di Pertuan Agong (YDPA). UMNO tak nak dilihat derhaka, kerana itu terima titah YDPA disanjung tinggi selaras dengan perlembagaan penubuhannya.

“Jadi kepada mana-mana pihak yang marahkan Presiden… janganlah sehingga menuding jari atau melabelkan UMNO sebagai ‘barua’ DAP. Saya ingin tegaskan UMNO bukan barua, ‘lembu’ atau ‘alat’ buat DAP. Ada perkara yg melibatkan Islam/ Melayu kita tidak setuju sudah pasti akan pertahankan sekiranya boleh diganggu gugat.

“Apa pun kita percaya jaminan yang telah dipersetujui menerusi MOU yang ditandatangani sebelum pembentukan kerajaan perlu dihormati oleh semua pihak terutamanya DAP. Jika ada pelanggaran kita akan bangkit pertahankan,” ujarnya.- UMNO Online.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.