LTAT Komited Pulangan Kompetitif Dan Mampan Kepada Pencarum

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sentiasa berusaha untuk memastikan pulangan yang kompetitif dan mampan kepada pencarum, selaras dengan mandat terasnya untuk melindungi dan memastikan kesejahteraan sosioekonomi para pencarum selepas persaraan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata dalam hal ini, pelbagai usaha dan langkah strategik, termasuk penstrukturan […]

» Read more

Monopoli Syarikat Kurier Beri Impak Kepada Kualiti Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli meluahkan kebimbangan dengan isu ‘masking’ yang semakin menjadi amalan sesetengah platform e-dagang, iaitu pembeli tidak diberikan pilihan untuk memilih syarikat kurier yang mereka inginkan. Menurut beliau ini kerana platform e-dagang menyembunyikan identiti kurier dan menetapkan penghantaran kepada satu syarikat sahaja secara eksklusif. “Masking ini secara tidak langsung mengunci […]

» Read more

Kes Penipuan Dalam Talian Meningkat, Kempen Kesedaran Wajar Dipergiat

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa meluahkan kebimbangan dengan peningkatan kes penipuan dalam talian. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata ini kerana sebanyak 47,854 kes telah direkodkan setakat September 2025 dengan jumlah kerugian mencecah RM1.919 bilion iaitu meningkat lebih 12,000 kes berbanding tahun lalu. “Masyarakat di Tampin juga tidak terkecuali daripada […]

» Read more

NAIO Perlu Dimanfaat Untuk Urus Risiko Bencana Alam

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah hari ini membangkitkan persoalan mengenai peranan Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) dalam sistem pengurusan bencana alam. Beliau yang juga Pengerusi Backbenchers berkata, ia bagi memanfaatkan teknologi AI untuk memperkukuh sistem pengurusan dan pengurangan risiko bencana. “NAIO ini perlu memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan keupayaan negara dalam […]

» Read more

Kes Penipuan Pembantu Rumah Tidak Berlesen Meningkat, Kerugian Lebih RM260 Ribu

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memaklumkan kementerian peka dalam membanteras penipuan berkaitan pengambilan pembantu rumah. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata ini termasuk melindungi mangsa, memastikan majikan tidak dieksploitasi dan menjamin bahawa hanya agensi berlesen, telus dan sah sahaja beroperasi di Malaysia. “Berdasarkan rekod Polis DiRaja Malaysia (PDRM) […]

» Read more

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan memohon agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk menyokong penganjuran Pesta Bola Ngoca. Ujarnya, Pesta Bola Ngoca merupakan acara tahunan yang mengangkat sukan tradisi dan kebudayaan Negeri Sembilan. “Kuala Pilah amat dikenali melalui penganjuran tahunan Pesta Bola Ngoca, iaitu aktiviti bermain bola di […]

» Read more

Dewan Rakyat Bincang Isu Keselamatan Jalan Dan Cerun Semasa MTL

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta pelaksanaan sekolah terapung, antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan persediaan kementerian untuk memastikan Jalan Persekutuan dan cerun sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat semasa MTL, […]

» Read more

Peruntukan Tenaga Lestari Turun… Tenggara Minta Kementerian Buat Penilaian Semula

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib memohon agar Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) membuat penilaian semula terhadap penurunan mendadak peruntukan Tenaga Lestari bagi tahun 2026. Beliau turut mempersoalkan mengenai jumlah peruntukan yang diberikan untuk pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) agenda Tenaga Boleh Baharu (TBB). “Tenggara ingin mengetahui mengapa berlaku penurunan yang sangat drastik ini […]

» Read more

Strategi Pembangunan Industri REE Bakal Dilaksana Secara Berfasa – Johari

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Kerajaan telah bersetuju agar strategi pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) dilaksanakan secara berfasa, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Jelasnya, pembangunan industri REE ini tidak dapat dilaksanakan dengan pantas kerana negara masih belum mempunyai kepakaran dan teknologi tempatan untuk melaksanakan aktiviti perlombongan. “Walaupun Malaysia mempunyai sumber REE yang […]

» Read more

Pembangunan Nadir Bumi, Tenaga Nuklear Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pembangunan industri nadir bumi (REE) dan tenaga nuklear antara dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) bertanyakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai cabaran yang dihadapi bagi membangunkan industri REE negara pada sesi soal jawab lisan. Beliau […]

» Read more
1 13 14 15 16 17 72