Lihat UMNO Dalam BN Lebih 60 Tahun, Pas Pula Di Kelantan… Tak Ada Diskriminasi Kaum

JASIN, 10 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah memberikan jaminan bahawa kerjasama antara parti itu dengan Pas sama sekali tidak akan meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sebaliknya akan diperkukuhkan dalam usaha menjadikan sebuah negara yang hebat. Berucap pada ‘Siri Jelajah Penerangan Rakyat: Malapetaka Penjajahan Malaysia Baharu’ di Jasin malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen […]

» Read more

Lagi Laporan Polis Terhadap Guang Eng, Boleh Ganggu-Gugat Perpaduan

NIBONG TEBAL, 10 Mac – Pemuda UMNO, Dewan Pemuda Pas dan MIC Nibong Tebal telah membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan UMNO dan Pas telah ‘mengisytiharkan perang’ kepada orang masyarakat bukan Melayu. Jelas Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd Norhiesam Ismail, kenyataan Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung Dap itu sangat biadap, rasis […]

» Read more

Kenyataan Guan Eng Boleh Gugat Keharmonian Negara, Dedah Sikap Rasis Dan Ultra Kiasu

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kenyataan Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng beliau melambangkan bersifat Rasis dengan sikap Ultra Kiasu yang boleh mengugat keharmonian kaum di Malaysia, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun. Katanya, reaksi Guan Eng jelas cuba menutup agenda peminggiran sistematik itu dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai ‘perisytiharan perang kepada […]

» Read more

Guan Eng Jangan Jadi ‘Bapa Borek Anak Rintik’, Patut Tahu Tugas Menteri Dan Masa Berpolitik – Wanita Sabah

KOTA KINABALU, 8 Mac – Pergerakan Wanita UMNO Sabah mengecam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya terhadap kerjasama rasmi UMNO-PAS sebagai ‘pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu dan bukan Islam’ yang kemudiannya ditukar setelah mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Jelas ketuanya, Datuk Jainab Ahmad, Setiausaha Agung Dap itu seharusnya tahu membezakan tugas sebagai menteri Kerajaan Persekutuan dan masa untuk […]

» Read more

Jangan Ada Yang Rasa Tergugat, Permuafakatan UMNO-PAS Impian Rakyat Perkukuh Ummah – Suhairi

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Kerjasama antara UMNO dan PAS adalah impian yang ditunggu-tunggu rakyat apatah lagi sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih kerajaan, mereka menjadikan pentadbiran negara kucar-kacir, kata Ketua Pemuda UMNO Bukit Mertajam, Suhairi Che Ross. Katanya, pentadbiran kerajaan baru memperlihatkan kesejahteraan masyarakat umum yang dibina sekian lama telah diganggu-gugat bukan hanya yang melibatkan segelintir orang awam malah wujud […]

» Read more

Lompat Parti, Perbuatan Keji Dan Memalukan

KUALA LUMPUR 7 Mac – UMNO Sabah menyifatkan tindakan melompat parti yang semakin berleluasa di negeri tersebut sebagai perbuatan keji, memalukan serta menderharkai kepercayaan rakyat. Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan tersebut juga seperti memperbodohkan proses demokrasi dan pilihan raya apabila pemimpin menderhaikai kepercayaan yang diberikan pengundi. “Baru-baru ini dua orang lagi ahli Yang Berhormat […]

» Read more

Tindakan Hasutan Perkauman Guan Eng Tidak Ubah Seperti Bapanya Tahun 1969

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melontarkan persoalan apakah kita hari ini berada di bawah pemerintahan kerajaan yang rasis dan mengamalkan sikap perkauman ketara dengan mengetepikan konsep saling menghormati kaum dan mendokong perlembagaan yang jelas berkaitan hak semua kaum dan agama? Katanya, pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap Lim Guan Eng(LGE) apabila […]

» Read more

Momentum Positif UMNO Harus Dikembangkan Dalam Kompenan BN

KEPALA BATAS, 7 Mac – Penganalisis politik tempatan, Azizi Safar berkata penstukturan semula UMNO dilihat semakin baik dan momentum ini harus dikembangkan kepada komponen di dalam Barisan Nasional (BN). Jelasnya, UMNO adalah salah satu daripada tiga parti yang membentuk BN dan menjadi antara tunjang kekuatannya. “UMNO bukan ‘parti di atas’ BN kerana UMNO adalah sebahagian daripada BN. Kerjasama UMNO dan […]

» Read more

PH Jangan Ubah Buku Teks Sejarah Sekolah! – Pakar Sejarah

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya Kementerian Pendidikan perlu membuat penegasan untuk tidak membenarkan sebarang cubaan mengubah kandungan buku teks sejarah sekolah seperti yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji sejarah ketika ini. Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, tindakan mengubah kandungan buku teks sejarah sekolah akan menyebabkan ketidakseragaman fakta sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan […]

» Read more

Khazanah Rugi Akibat PH Dan Menteri-Menteri Yang Hancur – Isham

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil menyimpulkan kerugian Khazanah sebanyak RM6.3 billion akibat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menteri-menterinya yang hancur sehinggakan rakyat semakin susah dan tertekan kerana mereka. Tegasnya, apabila Menteri Ekonomi atau Menteri Kewangan PH cuba menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu pula berkenaan hal ini, ia langsung tidak masuk akal dan umpama menganggap […]

» Read more
1 380 381 382 383 384 412