Lompat Parti, Perbuatan Keji Dan Memalukan

KUALA LUMPUR 7 Mac – UMNO Sabah menyifatkan tindakan melompat parti yang semakin berleluasa di negeri tersebut sebagai perbuatan keji, memalukan serta menderharkai kepercayaan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan tersebut juga seperti memperbodohkan proses demokrasi dan pilihan raya apabila pemimpin menderhaikai kepercayaan yang diberikan pengundi.

“Baru-baru ini dua orang lagi ahli Yang Berhormat melompat parti iaitu Datuk Anita Baranting dan Datuk Osman Jamal.

“Melompat parti menjadikan Sabah bahan ketawa di seluruh dunia kerana fenomena lompat ini terlalu berleluasa sehinggakan rakyat merasai apa gunanya mengadakan pilihan raya jika pemimpin menderhakai pilihan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, UMNO Sabah juga bersetuju dengan pendirian kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) agar pemimpin yang melompat parti melepaskan jawatan mereka agar pilihan raya kecil (PRK) di adakan semula.

“Ini barulah ‘gentlemen, biar rakyat yang menentukan parti mana yang mereka mahu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.