Kenyataan Guan Eng Boleh Gugat Keharmonian Negara, Dedah Sikap Rasis Dan Ultra Kiasu

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kenyataan Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng beliau melambangkan bersifat Rasis dengan sikap Ultra Kiasu yang boleh mengugat keharmonian kaum di Malaysia, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Katanya, reaksi Guan Eng jelas cuba menutup agenda peminggiran sistematik itu dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai ‘perisytiharan perang kepada bukan Melayu.’

“Ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Guan Eng, malah tindakannya itu jelas mencetuskan lebih banyak keresahan dan bakal merosakkan kehidupan masyarakat majmuk dan berbilang agama yang aman lagi harmoni sejak merdeka dan dibimbangi akan mencetus ketegangan kaum.”

Katanya, Guan Eng harus bertanggung jawab dengan kenyataan beliau yang berubah dalam beberapa minit setelah mendapat kecaman dari rakyat.

“Adalah lebih baik, Guan Eng memikirkan kemelut yang dihadapi rakyat setelah mereka membentuk Kerajaan Pakatan Harapan seperti isu kenaikan harga barang keperluan asas dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Derita rakyat di luar bandar dan bandar semakin parah.”

Ujarnya, DAP terlupa bahawa pada 1 Jun 1974, Barisan Nasional (BN) turut dianggotai oleh PAS juga.

“Setelah lebih 40 tahun, kini PAS sedia bekerjasama kembali bersama UMNO yang menunjangi BN demi Perpaduan Ummah dan kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

“Selepas 9 Mei 2018, peminggiran Melayu dan bumiputera yang terancang dan sistematik berlaku di bawah pemerintahan PH.

“Kegusaran rakyat semakin membara dan orang Melayu resah, kecewa dan marah melihat kepentingan Ummah yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semakin dicabar dan mahu diganggu gugat oleh pihak DAP khususnya.”

Akibatnya, jelas beliau, selepas beberapa pilihan raya kecil, orang-orang Melayu mula bangkit menyatakan bantahan menerusi undi.

“Keadaan ini mendorong UMNO dan PAS mengadakan persefahaman dengan menyokong calon dari parti yang bertanding terutama dari PAS dan BN.

“Kerjasama UMNO dan PAS membuatkan PH dan DAP bertambah gusar kerana kemarahan dan kebangkitan rakyat jelas memihak kepada Barisan Nasional,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.