Menang Sorak Kampung Tergadai, Azhari Anggap Langkah Dubai Tak Masuk Akal

KUALA LUMPUR, 10 Jan – “Sememangnya tidak masuk akal digembar-gemburkan tentang Langkah Dubai kerana pada saya kalau ada strategi yang begitu besar begini tidak kecoh satu kampung sebelum kita hendak lakukan strategi itu. Demikian reaksi diberikan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang juga menyifatkan langkah tersebut seperti menang sorak kampung tergadai dan tin kosong. Beliau malah berkata […]

» Read more

Dakwa Sudah Cukup SD… Shaiful Hazizy Cabar Sanusi Mula Gerakan Tukar Kerajaan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memulakan gerakan meruntuhkan kerajaan selepas beliau mendakwa Perikatan Nasional (PN) telah mempunyai sokongan cukup. Jelasnya, Sanusi diibaratkan seperti ‘pengembala kambing yang menipu orang kampung’ kerana selalu berdusta dalam mengeluarkan kenyataan. “Sanusi masih lagi dengan […]

» Read more

Banjir Johor: Norlizah Sempurna Tanggungjawab, Bantu Calon SPM Ke Sekolah

KOTA TINGGI, 8 Jan – Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh menyempurnakan tanggungjawab beliau pada pagi ini dengan membantu calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir untuk ke sekolah. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa terdapat dua pusat pemeriksaan (checkpoint) untuk membolehkan para pelajar menunggu bagi ke tempat peperiksaan. “Pagi tadi juga, pergerakan […]

» Read more

Gelombang Keempat MTL: Penduduk, Agensi Diminta Siap Siaga, Patuhi SOP – Ahmad Zahid

CAMERON HIGHLANDS, 6 Jan – Agensi terlibat termasuk penduduk di selatan tanah air diminta berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut (MTL) yang kini beralih ke kawasan selatan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi serta jawatankuasa negeri perlu bersiap siaga, bagi mengambil tindakan segera menghadapi bencana dibawa oleh MTL […]

» Read more

Sanusi Kaki Propa, Takut Bayang-bayang Sendiri – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membidas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berterusan memainkan sentimen pertukaran kerajaan. Katanya, tindakan Sanusi itu diibarat seperti takut dengan bayang-bayang apabila menyedari sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) semakin rapuh. “Sanusi seperti biasa cubaan mencapai indeks prestasi utama (KPI) bulanan dengan […]

» Read more

PADU Pastikan Kemudahan Kerajaan Dinikmati Penerima Berhak – PM

PUTRAJAYA, 2 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan bahawa setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak. Berucap melancarkan PADU di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata melalui sistem berkenaan, setiap ketirisan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Pujuk, Ambil Hati Para Penyokong… Tunjuk Prestasi Terbaik Sepanjang Bersama Kerajaan Perpaduan

JELI, 30 Dis – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu pandai memujuk dan mengambil hati akar umbi serta para penyokong yang telah beralih arah dengan prestasi ditunjukkan sepanjang mentabir negara bersama Kerajaan Perpaduan. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, UMNO/BN berperanan sebagai semak dan imbang di dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menegakkan perjuangan asalnya dalam membela orang […]

» Read more

UMNO Tunai Janji, Realitikan Khidmat Demi Keselesaan Rakyat – Sharif Musa

LAHAD DATU, 27 Dis – UMNO adalah parti yang sentiasa mengutamakan keselesaan rakyat malah akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan masyarakat mendapat kemudahan yang terbaik, kata Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul. Beliau memaklumkan bahawa usaha turun padang yang dilaksanakannya bukan sekadar menyantuni orang ramai namun turut meninjau, melihat dan merasai sendiri bagaimana kehidupan masyarakat di akar […]

» Read more

Mohd Shahar Luah Kebimbangan, Air Sungai Riau Mula Melimpah Ke Jalan Raya

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah hari ini meninjau ke kawasan sekitar Sungai Riau yang dilaporkan air sungai mula melimpah ke jalan raya utama. Beliau menasihati penduduk di sekitar yang menaiki kenderaan ringan untuk berhati-hati ketika melalui jalan tersebut. “Saya menerima laporan tentang air yang naik di Sungai Riau menuju ke Bukit Kuin […]

» Read more

Setahun Kerajaan Perpaduan: Kepimpinan UMNO Berwibawa, Banyak Kejayaan Dikecapi – Wan Mahussin

JELI, 23 Dis – Sepanjang setahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan, banyak kejayaan telah dikecapi dengan kewibawaan kepimpinan UMNO yang berada dalam Kabinet, kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain. Jelasnya, prestasi Kerajaan Madani berada pada tahap yang memuaskan dan pelbagai isu utama rakyat dapat diselesaikan dengan sebaiknya. “Pandangan saya mengenai pentadbiran Malaysia Madani dalam tempoh setahun […]

» Read more
1 163 164 165 166 167 411