Exco Baharu Mahu Fokus Kemakmuran, Kepentingan Rakyat Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan terus fokus kepada kemakmuran bagi memastikan ekonomi dan kepentingan rakyat negeri ini sentiasa terpelihara. Mereka berikrar akan melakukan yang terbaik demi negeri selain melahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan untuk menggalas […]

» Read more

Cuba Bersangka Baik… Tapi PH Ibarat Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Katanya ini kerana mereka bertindak dengan memungkiri perjanjian menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai sebelum ini. “Umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan sokongan PH, sokong membawa rebah… itulah berlaku di Dewan Rakyat […]

» Read more

MB Johor Bertemu PM Bincang Pembukaan Semula Sempadan Malaysia-Singapura

JOHOR BAHRU, 24 Mac – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura. Dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata dalam pertemuan itu, mereka telah berbincang mengenai pembukaan semula sempadan kedua-dua negara. “Insya-Allah, ada berita baik berkenaan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura dan ia akan […]

» Read more

KPT Cadang Laksana APEL M Akhir Tahun Ini – Noraini

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bercadang untuk melaksanakan Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) pengumpulan kelayakan mikro APEL (M) pada akhir tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menggalakkan institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia menawarkan kelayakan mikro melalui penerbitan garis panduan. “Usaha ini […]

» Read more

Melaka Bangunkan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPT Negeri

MELAKA, 24 Mac – Kerajaan negeri Melaka sedang membangunkan sistem permohonan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi di negeri itu yang dikenali sebagai ‘Melaka UPU Online’, kata Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin. Beliau berkata sistem yang akan menjadi platform bagi memudahkan permohonan kemasukan ke univeristi awam dan swasta di negeri itu, dijangka siap akhir tahun ini. “Kami […]

» Read more

Bekalan Air Sabah Tidak Berhasil Sebanyak 59 Peratus

KOTA KINABALU, 23 Mac – Sebanyak 59 peratus daripada bekalan air di Sabah adalah air tidak berhasil (NRW), yang merugikan kerajaan dan rakyat negeri ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata NRW yang agak tinggi itu berlaku, kerana beberapa faktor termasuk sistem paip lama, sistem paip tidak dinaik […]

» Read more

Pengurusan 1MDB Tipu Najib Berhubung Perjanjian Pelaburan – Saksi

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menipu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lembaga pengarah (BOD) syarikat itu untuk memeterai perjanjian pelaburan dengan rakan perniagaannya, PetroSaudi International Limited (PSI). Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 58, yang bersetuju dengan cadangan peguam utama Najib, […]

» Read more

Jual Aset Negara PH Kata FDI Untuk Puji Diri Sendiri

SELAIN dari perkhidmatan luar pesisir oil and gas, Sapura juga pernah ada anak syarikat yang dinamakan Sapura Upstream bagi usaha cari gali serta pengeluaran minyak dan gas di Malaysia dan di negara asing. Pengeluaran Sapura Upstream adalah sekitar 30,000 tong sehari dan dijangka akan meningkat lagi sehingga Sapura Upstream menjadi syarikat pengeluar minyak dan gas bebas terbesar dalam rantau Asia […]

» Read more

Permohonan Program Pembiayaan Mikro Penjaja, Peniaga Kecil Dibuka

TEMERLOH, 22 Mac – Permohonan bagi Program Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Peniaga Kecil yang keseluruhannya melibatkan peruntukan RM48.52 juta telah dibuka mulai semalam, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. Beliau berkata mereka yang berminat boleh memohon di Bank Rakyat dengan satu daripada syarat yang dipermudahkan ialah mengetepikan proses agensi pelaporan kredit CTOS dan Sistem Maklumat […]

» Read more

Pindaan Akta Hak Milik Strata 1985 Digubal Tangani Isu Bangunan Usang

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Pindaan terhadap Akta Hak Milik Strata 1985 (Akta 318) sedang digubal untuk menangani isu bangunan usang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pindaan itu melibatkan persetujuan pemilik petak serta tatacara penamatan skim strata bagi membolehkan pembinaan semula bangunan. “Walaupun satu bentuk perundangan belum lagi […]

» Read more
1 112 113 114 115 116 309