Jual Aset Negara PH Kata FDI Untuk Puji Diri Sendiri

SELAIN dari perkhidmatan luar pesisir oil and gas, Sapura juga pernah ada anak syarikat yang dinamakan Sapura Upstream bagi usaha cari gali serta pengeluaran minyak dan gas di Malaysia dan di negara asing.

Pengeluaran Sapura Upstream adalah sekitar 30,000 tong sehari dan dijangka akan meningkat lagi sehingga Sapura Upstream menjadi syarikat pengeluar minyak dan gas bebas terbesar dalam rantau Asia Pasifik.

30,000 tong sehari X US$100 satu tong X 365 hari = pendapatan cash sebanyak RM4.6 bilion setahun.

Satu sumber cashflow yang besar yang mungkin dapat kurangkan masalah aliran tunai Sapura.

Tapi amat sayang sekali.

Sebab pada tahun 2019, pemilik saham terbesar Sapura, PNB serta kerajaan PH telah luluskan untuk Sapura Energy menjual 50% kepentingan dalam Sapura Energy dengan harga sekitar RM4 bilion kepada syarikat Austria bernama OMV.

“Jan 2019: Sapura Energy gets nod for RM4b stake sale”
https://themalaysianreserve.com/…/sapura-energy-%E2%80…/

Lalu, Sapura Upstream ditukar nama menjadi SapuraOMV.

Menteri Kewayangan PH masa dahulu pernah memetik penjualan 50% kepentingan Sapura Upstream kepada negara Austria semasa dia puji diri dan kerajaan PH mendapat “pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah” bagi suku pertama tahun 2019.

“FDI sebanyak RM21.7 bilion ini adalah yang tertinggi dalam sejarah Malaysia bagi satu suku.

Pelaburan yang direalisasikan ini akan meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang pekerjaan baharu bagi rakyat Malaysia dalam masa terdekat,” kata Guan Eng.

Jelas beliau, lebih separuh daripada FDI yang direalisasikan disumbangkan oleh pelaburan RM8.4 bilion daripada Jepun, RM3.7 bilion daripada Austria dan RM2.8 bilion daripada Hong Kong.
https://www.sinarharian.com.my/…/Daya-tahan-ekonomi…

Itu dia. RM3.7 bilion dari Austria ialah hasil penjualan kepentingan 50% Sapura Upstream milik PNB kepada syarikat Austria manakala pelaburan asing sebanyak RM8.4 bilion dari Jepun ialah hasil jualan syarikat rangkaian hospital milik Khazanah Nasional kepada Jepun sehingga IHH Berhad sehingga pemilik saham terbesar bertukar dari Malaysia ke syarikat Jepun.

Itulah masa kerajaan PH di mana penjualan aset-aset negara dibilang sebagai “pelaburan asing” untuk memuji diri. – UMNOONLINE

Najib Razak

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.