Isu Terowong Dasar Laut: Gnanaraja Sudah Didakwa, Guan Eng Bila Lagi?

NIBONG TEBAL, 15 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli perniagaan G. Gnanaraja membuktikan sememangnya wujud unsur-unsur yang tidak sepatutnya dalam isu projek terowong dasar laut. Jelas beliau, pertuduhan tersebut juga menimbulkan persoalan bagaimana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun ditahan untuk […]

» Read more

Hasut Dan Fitnah: Wajah Rasis Dap Terserlah Dalam Ucapan Kempen Kulasegaran Di Rantau

KUALA LUMPUR, 12 April – “Nampaknya Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran masih tidak belajar dari insiden yang lepas,” tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengingatkan kepada beliau tahun lepas agar tidak menjolok sarang tebuan namun beliau tetap bersikap rasis dan masih angkuh bermain dengan sentimen perkauman demi meraih undi […]

» Read more

Tuduh Rasis Dan Serang Peribadi, Fitnah Terdesak PH Untuk Menang PRK Rantau

RANTAU, 12 April – “Patung besar di Batu Caves pun UMNO tidak usik… walau PAS dituduh ekstrim tapi patung besar di Kelantan pun juga tidak diusik, jadi macamana kita dituduh rasis dan disamakan macam Taliban,” ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Rembau Ustaz Shukri Samsudin. Jelas beliau, Pakatan Harapan (PH) sebenarnya hanya mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam kerana mereka sedar […]

» Read more

PRK Rantau: Kemenangan Tok Mat Bakal Jadi Lambang Kemajmukan Malaysia

RANTAU, 11 April – Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datin Mastura Mohd Yazid berkata, jika calon Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) maka Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) menjadi lambang kemajmukan Malaysia kerana peratus pengundi Melayu di sini hanyalah 53 peratus. Jelas beliau, ini bebeza dengan beberapa PRK sebelum ini contohnya di […]

» Read more

Diskusi Dari PRK N27 Rantau

REMBAU 10 April– Exco Pergerakan Wanita UMNO Datin Mastura Mohd Yazid dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kuala Pilah Saudara Mohd Fasha Mustapha dalam Program Bual Bicara “Apo Nak Dikato” mengupas isu “Tolak Calon PH…Tolah Pembohongan, Tolak Diskriminasi” yang dihoskan oleh Saudara Adnan Seman bersiaran lansung di FACEBOOK UMNO-Online di sini hari ini.

» Read more

Ahli Akademik Dikecam, Diugut: PH Mungkir Janji, Di Mana Kebebasan Akademik?

KUALA LUMPUR, 10 April – Pemuda UMNO mengecam Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengumumkan kementeriannya akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yang terlibat dengan rumusan eksekutif isu Statut Rom kepada Majlis Raja-raja. Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sikap ahli Parlimen Kulai itu menyerlahkan belang sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih memungkiri janji manifesto Pilihan Raya […]

» Read more

Osman Wajar Letak Jawatan, Rakyat Johor Enggan Ditipu Lagi… Palit Pelbagai Isu

JOHOR BAHRU, 10 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata perletakan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian adalah wajar kerana tiada kredebilti dan integrasi memimpin Negeri Johor. Beliau menjelaskan sepanjang 10 bulan berkhidmat Osman selalu gagal menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat . “Dalam pentadbiran menguruskan negeri, Osman sering gagal dan serba tidak tahu […]

» Read more

Hina Tunku Mahkota Johor Bangsat: Pegawai Khas Menteri Didesak Mohon Maaf

SEKIJANG, 9 April – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang mengecam kenyataan biadap Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Abdul Hanan Khairy yang memuat naik di laman sesawang facebook menghina Tunku Mahkota Johor dengan menggunakan perkataan bangsat. Ketua pergerakan Pemuda Sekijang, Mohd Nor Saidil Ibrahim berkata, walaupun Hanan tidak menyebut nama mana-mana individu terhadap ucapan tidak beradap itu tetapi kenyataan tersebut […]

» Read more

Tubuh Segera RCI Untuk Tabung Haji, PH Dinasihat Bina Kembali Hubungan Baik Dengan Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 9 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menasihati Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa untuk membina kembali huhungan baik antara Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi demi rakyat bagi mendapat keistimewaan kuota tambahan haji. Katanya, sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu memerintah, […]

» Read more

PH Mainkan Sentimen Perkauman Untuk Tutup Kesalahan Gagal Tunai Janji, Khianati Rakyat

REMBAU, 9 April – Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkata Pakatan Harapan (PH) sengaja mewujudkan satu suasana yang tidak harmoni antara masyarakat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh sentimen kaum dan agama. Tindakan tersebut ujarnya bagi menutup kelemahan-kelemahan yang timbul antara sesama parti dalam PH, selain kegagalan menunaikan janji-janji pilihan raya. “PH mengambil peluang untuk mewujudkan satu […]

» Read more
1 447 448 449 450 451 543