Saranan Pengerusi Bersama MTPN Kedah Dinilai Semula Berasas – Pemuda UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 23 April – Saranan agar Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah dinilai semula dan meletakkan mereka yang sewajarnya terutama pimpinan yang sehaluan dengan kerajaan pusat berasas. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan berkata penilaian semula itu amat penting dalam usaha melestarikan lagi pembangunan negeri berkenaan demi kepentingan rakyat serta negeri Kedah itu sendiri. […]

» Read more

Hina Agong: 26 Bahagian Pemuda UMNO Johor Akan Buat Laporan Polis – Nor Azleen

JOHOR BAHRU, 14 April – Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dibuat terhadap seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad. “Bermula Ahad, kita akan minta semua Pemuda UMNO Bahagian dalam […]

» Read more

Ketua Pemuda UMNO Beri Keterangan Lebih Dua Jam Di IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 5 April – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh telah memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada pagi ini. Dr Muhamad Akmal berkata keterangan diberikan antaranya mengenai laporan polis berkait ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini, dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti atau perkara di Sabah. “Saya di […]

» Read more

Jelajah Ramadan Pemuda UMNO Perlihat Muafakat Ahli Pelbagai Peringkat – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR, 5 April – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin melahirkan rasa syukur dan bangga melihat semangat ahli pergerakan itu di pelbagai peringkat yang sentiasa bergerak ke akar umbi. Malah beliau berkata, semangat yang ditunjukkan sepanjang Ramadan menerusi Jelajah Ramadan Pemuda UMNO memperlihatkan permuafakatan dan iltizam masing-masing.  “Alhamdulillah, kita sepanjang bulan Ramadan ini ambil peluang menjelajah ke seluruh tanah air […]

» Read more

Pemuda UMNO Pertahan Dan Perjuangkan Kalimah Allah, Bukannya Rasis Mahupun Cauvinis – Sollehin

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan perjuangan mempertahankan kalimah Allah ini adalah perjuangan umat Islam dan bukannya untuk tujuan populis sebaliknya ia adalah perjuangan mempertahankan tauhid. Jelas beliau, penggunaan kalimah Allah harus dipelihara dan dipertahankan sepertimana yang dilperjuangkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kerana itu adalah […]

» Read more

Gesa Tindakan Tegas Isu Kalimah Allah, Pemuda UMNO Junjung Kasih Titah Agong

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih atas titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan kalimah Allah dan memastikan agar ia tidak berulang lagi. Ketuanya, Dr Akmal Saleh dalam kenyataan media berkata, dikala keadaan berada dalam […]

» Read more

Pemuda UMNO Bukan Eksploitasi Isu Kalimah Allah Pada Stoking, Semua Pihak Perlu Lebih Sensitif

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan menggesa semua pihak untuk lebih sensitif terhadap isu yang membabitkan keharmonian agama dan kaum dalam negara. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka KK Supermart & Superstore Sdn […]

» Read more

Pemuda UMNO Buat 13 Laporan Polis Terhadap KK Mart Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Sehingga setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO telah melakukan 13 laporan polis terhadap kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) yang menjual stoking yang tertera kalimah Allah SWT. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata laporan polis yang dilakukan di setiap negeri itu dilakukan selepas Ketua polis Selangor, Hussein Omar Khan memaklumkan kepada […]

» Read more

Genap Setahun Terajui Pemuda UMNO, Dr Akmal Terus Tekad Mengorak Langkah Bersama Pimpinan Lain

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh beriltizam dan bertekad untuk meneruskan perjuangan bersama dengan barisan Pemuda UMNO yang lain setelah genap hari ini setahun memegang teraju kepimpinan sayap parti berkenaan. Bagi beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka berkata, ianya adalah amanah yang cukup besar dan perjuangan yang ditempuh bukanlah mudah malah amanah yang […]

» Read more
1 2 3 501