Isu Terowong Dasar Laut: Gnanaraja Sudah Didakwa, Guan Eng Bila Lagi?


NIBONG TEBAL, 15 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli perniagaan G. Gnanaraja membuktikan sememangnya wujud unsur-unsur yang tidak sepatutnya dalam isu projek terowong dasar laut.

Jelas beliau, pertuduhan tersebut juga menimbulkan persoalan bagaimana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun ditahan untuk disoal siasat.

“Sejak dahulu lagi rakyat Pulau Pinang mahukan kebenaran berkaitan isu terowong ini namun ada sahaja alasan yang diberikan oleh Guan Eng. Sekiranya benar dia tidak bersalah mengapa perlu takut?

“Malangnya apabila pentadbiran kerajaan bertukar tangan, isu terowong terus ‘didiamkan’ sedangkan perkara ini sudah dalam siasatan.

“Kini, kami mendesak agar siasatan diteruskan terhadap Guan Eng dan semua individu yang terbabit kerana kami mahukan kebenaran. Apatah lagi ini duit rakyat yang ditelah dibazirkan begitu sahaja,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Untuk rekod, Gnanaraja berhadapan dengan tiga pertuduhan rasuah RM19 juta melibatkan penipuan menutup kes berkaitan projek terowong Pulau Pinang.

Pertuduhan pertama adalah menipu Pengarah Urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli bahawa beliau akan membantu menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendorong diberikan RM2 juta pada Julai 2017.

Pertuduhan kedua, pada tarikh 25 Julai, menipu pihak yang sama dengan mendorong diberikan RM15 juta.

Manakala pertuduhan ketiga pada Ogos 2017 mendorong pihak yang sama memberinya RM2 juta untuk menutup kes SPRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai lebih RM6 bilion yang dirancang kerajaan Dap Pulau Pinang telah disiasat SPRM selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi khususnya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan projek tersebut.

Berikut pula adalah info kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Guan Eng dalam sidang DUN Pulau Pinang yang dipertikaikan:

30 April 2015
– Kerajaan negeri memaklumkan DUN bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi projek tiga lebuh raya sudah 97 peratus siap, manakala reka bentuk terperinci (75 peratus).

– Kerajaan negeri turut memaklumkan DUN bahawa jangkaan bagi projek tiga lebuh raya itu siap sepenuhnya adalah antara 2016 hingga 2020.

19 Mei 2017
– Kerajaan negeri memaklumkan DUN bahawa sudah membayar RM208 juta kepada syarikat perunding melalui pertukaran tanah, pada 17 Februari 2015, selepas kerja bagi kajian itu siap sepenuhnya pada Mei 2015.

– Kerajaan negeri menukar kenyataannya kepada DUN, dengan menyatakan bahawa projek tiga lebuh raya itu dijangka dibina pada pertengahan 2018.

11 Januari 2018
– Guan Eng pada sidang medianya menyatakan kerajaan negeri tidak membuat pembayaran kepada syarikat perunding, selagi kelulusan bagi laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) belum diterima.

26 Januari 2018
– Guan Eng pada sidang medianya memaklumkan pelaksanaan semua komponen projek mega itu mengalami kelewatan selepas ia disabotaj oleh BN. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.