Osman Wajar Letak Jawatan, Rakyat Johor Enggan Ditipu Lagi… Palit Pelbagai Isu


JOHOR BAHRU, 10 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata perletakan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian adalah wajar kerana tiada kredebilti dan integrasi memimpin Negeri Johor.

Beliau menjelaskan sepanjang 10 bulan berkhidmat Osman selalu gagal menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat .

“Dalam pentadbiran menguruskan negeri, Osman sering gagal dan serba tidak tahu serta lemah dalam menguruskan negeri termasuklah gagal dalam melaksanakan tugas sebagai ADUN Kempas.

“Salah guna kuasa dan rasuah dalam pembelian banglo melibatkan jutaan ringgit yang dibeli secara tunai sebagai hadiah buat isteri ketiga beliau dan kegagalan serta kelembapan menyelesaikan isu Sungai Kim-kim, tidak tepati masa dalam majlis rasmi kerajaan, serta banyak lagi menimbulkan kemarahan banyak pihak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hairi berkata, ini adalah prestasi paling buruk yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) mengakibatkan negeri Johor terpalit dengan pelbagai kontroversi peribadi, ego dan prestasi pemimpinnya dalam menyelesaikan isu-isu rakyat.

“PPBM, PKR, Amanah dan Dap perlu menggantikan Osman Sapian dengan seseorang tokoh yang lebih sesuai dan tidak meghadapi sebarang skandal peribadi dan keluarga. Tokoh yang bersih ini diharapkan mampu mentadbir, mengurus dan menjaga kebajikan rakyat dan negeri selatan tanah air ini.

“Semoga rakyat Johor tidak lagi ditipu dengan Menteri Besar yang baru dan bakal dilantik ini. Selamat menjalankan tugas sebagai ADUN Kempas buat Osman Sapian,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.