UMNO Galas Perjuangan Bangsa, Aspirasi Dukung Kegemilangan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin berkata parti UMNO dihormati, dipercayai dan disegani bermula dari kesusahan dan perjuangan panjang yang diusahakan oleh mereka yang terdahulu menggalas perjuangan. Menurut beliau pimpinan sebelum ini membidani negara bangsa, melahirkan pemimpin selain membela rakyat dan 11 Mei 1946 adalah detik kegemilangan yang wajar menjadi aspirasi kepada pendukung parti pada […]

» Read more

Pilih Calon Perpaduan, Rakyat Damba Keamanan Dan Kestabilan Negara – Dr Zambry

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Kestabilan dan keamanan sangatlah penting dalam membina sebuah negara yang bebas daripada konflik dan permasalahan serta membina negara gemilang, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Menurut beliau, kestabilan dan keamanan hanya boleh dikecapi sekiranya lapisan masyarakat menjaga perpaduan dan kedaulatan negara. “Kesemua kita tak kira Melayu, Cina, India, […]

» Read more

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-78 Diadakan Esok Serentak Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Sambutan Ulang Tahun UMNO yang ke-78 akan berlangsung pada esok (Sabtu) dan akan diraikan serentak di seluruh negara. Untuk peringkat pusat, UMNO Malaysia akan menganjurkan sambutan tersebut bersama UMNO Wilayah Persekutuan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Sambutan yang sama turut akan berlangsung untuk negeri-negeri lain di pejabat Perhubungan UMNO […]

» Read more

Keprihatinan Presiden Dirasai, UMNO Lahad Datu Ucap Terima Kasih

LAHAD DATU, 10 Mei – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul melahirkan penghargaan dan berkongsi rasa terharu dengan keprihatinan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap tragedi yang menimpa penduduk di sini. Katanya, nasib keluarga mangsa tragedi kepala air Lembah Mak Sina, di sini mendapat perhatian daripada Ahmad Zahid yang juga […]

» Read more

PRK KKB: Bawa Kad Pengenalan Sebelum Mengundi, Beri Undi Pada Sock Tao – Abdul Mutalif

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Negeri berbaki beberapa jam sahaja lagi, sebelum kuasa rakyat menentukan siapakah wajar diberikan mandat sebagai wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim mengingatkan kepada semua pengundi Kuala Kubu Bharu membawa kad pengenalan dan […]

» Read more

Ahmad Zahid Rakam Takziah, Yang Dipertua Dewan Negara Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Kepimpinan UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini. Dalam hal ini, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) melahirkan rasa sedih atas […]

» Read more

UMNO Lahir Tokoh Negara Berkredibiliti, Sampai Sekarang Jasa Parti Tak Ternilai – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 10 Mei – UMNO sebagai parti keramat telah melahirkan tokoh-tokoh pemimpin yang berkredibiliti dalam memimpin negara, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari. Menurut beliau, ini terbukti apabila keseluruhan Perdana Menteri Malaysia lahir daripada UMNO. “Itu sebabnya saya kata tadi UMNO ni adalah parti keramat. Siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia daripada dulu sampai sekarang […]

» Read more

Pengundi Dinasihatkan Tunaikan Hak Sebaiknya, Pilih Calon Kerajaan Perpaduan

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Berbaki beberapa jam sahaja tempoh berkempen berakhir pada 11.59 malam ini, jentera Perpaduan giat menyantuni pengundi-pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Ini bermakna selepas tempoh itu, segala aktiviti merayu undi tidak dibenarkan langsung terutamanya pada hari pengundian. Ketua UMNO Bahagian Ampang, Mohamad Nadzim Ibrahim menasihati pada pengundi-pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu […]

» Read more

Kestabilan Politik… Terjemah Dengan Dasar, Pelaksanaan Kepada Rakyat – Bibi Sharliza

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Hanya dengan kestabilan politik sahaja tidak cukup memberi makna kepada rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid. Menurut beliau ia perlu diterjemahkan dengan dasar-dasar, pelaksanaan, pembangunan yang perlu dilakukan dengan segera bagi menjamin kesejahteraan dan kehidupan rakyat di negeri ini. Bibi Sharliza yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO […]

» Read more

Pengundi KKB Diseru Pilih Calon Boleh Berkhidmat, Kekalkan Kerajaan Perpaduan – Aminuddin

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang bermula pada 27 April lepas, akan tamat pada, 11.59 malam ini. Selepas tempoh berkenaan, setiap calon daripada parti bertanding dilarang berkempen untuk merayu undi bagi kawasan berkenaan terutama menjelangnya hari pengundian pada keesokannya. Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk […]

» Read more
1 923 924 925 926 927 2,484