Pengundi Dinasihatkan Tunaikan Hak Sebaiknya, Pilih Calon Kerajaan Perpaduan

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Berbaki beberapa jam sahaja tempoh berkempen berakhir pada 11.59 malam ini, jentera Perpaduan giat menyantuni pengundi-pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Ini bermakna selepas tempoh itu, segala aktiviti merayu undi tidak dibenarkan langsung terutamanya pada hari pengundian.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Mohamad Nadzim Ibrahim menasihati pada pengundi-pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu agar membawa kad pengenalan dan keluar awal untuk membuang undi, esok.

“Saya menyeru kepada semua pengundi-pengundi DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, ini tolong keluar beramai-ramai. Keluar awal dan pergi mengundi jalankan hak dan tanggungjawab dengan selaras perlembagaan, jangan lepaskan peluang ini yang datang.

“Untuk mengundi wakil rakyat di DUN Kuala Kubu Bharu supaya dapat menjadi jambatan dalam kawasan ini kepada kerajaan Persekutuan dan negeri. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan undi calon Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Tambah Nadzim lagi, semakin dekat hari mengundi jentera Perpaduan semakin agresif mendekati pengundi.

“Makin dekat hari pengundian, kempen dari jentera Perpaduan amat agresif. Jentera-jentera bergerak amat teratur dari rumah ke rumah dan ceramah-ceramah kelompok diperbanyakkan serta menerangkan isu-isu semasa dan sebagainya,” jelasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam ini.

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.