Keprihatinan Presiden Dirasai, UMNO Lahad Datu Ucap Terima Kasih

LAHAD DATU, 10 Mei – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul melahirkan penghargaan dan berkongsi rasa terharu dengan keprihatinan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap tragedi yang menimpa penduduk di sini.

Katanya, nasib keluarga mangsa tragedi kepala air Lembah Mak Sina, di sini mendapat perhatian daripada Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah apabila Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Razlan Rafii menjadi wakil hadir menziarah keluarga mangsa.

“Jutaan terima kasih kami UMNO Bahagian Lahad Datu, juga kepada Datuk Razlan dan rombongan yang sudi mengadakan lawatan di sini dan mengadakan kunjungan kepada beberapa keluarga yang dilanda musibah,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu, tragedi Lembah Maksina meragut nyawa tiga orang baru-baru ini apabila insiden kepala berlaku.

Sharif Musa turut mengiringi Razlan yang yang menyampaikan sumbangan kepada dua lagi keluarga mangsa lain di Kampung Burung dan Kampung Jawa termasuk mangsa kebakaran di Kampung Tamoi Lahad Datu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.