‘Industri Halal Punyai Potensi Yang Besar Kepada Negara’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan industri halal mempunyai potensi yang besar kepada negara. Katanya ini kerana pada tahun 2023 kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) direkodkan pada kadar 7.9 peratus dengan jumlah eksport produk halal sebanyak RM53.72 billion, iaitu 3.8 peratus berbanding jumlah keseluruhan eksport negara […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Bawa Informasi Terkini, Wajar Ada Kesinambungan

KOTA KINABALU, 4 Jun – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata Jelajah Penerangan UMNO merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia menawarkan banyak informasi terkini mengenai isu-isu semasa politik dan negara. Katanya, ia juga wajar ada kesinambungan supaya ahli di akar umbi sentiasa mendapat maklumat dan fakta yang baharu terutama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya. Bersyukur kerana […]

» Read more

Alhamdulillah… Selesai Mesyuarat Cawangan Bukti Akar Umbi UMNO Utuh – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Mesyuarat peringkat cawangan UMNO yang berakhir Ahad lalu di seluruh negara ternyata memberikan gambaran yang amat bermakna kepada parti berkenaan. Kelancaran dan kejayaan cawangan-cawangan mengadakan persidangan masing-masing baik di peringkat sayap membuktikan ahli parti berkenaan di peringkat akar umbi tetap utuh dan teguh bersama dengan perjuangan orang-orang Melayu di negara ini. Naib Ketua UMNO Lenggong […]

» Read more

MOT Perlu Pastikan Kontena Israel Tidak Berlabuh Dalam Negara – TPM Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 4 Jun – Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu. “Saya telah sebut perkara ini, bahawa kita tidak […]

» Read more

TVET Pemacu Utama Usaha Kerajaan Lahirkan Tenaga Mahir Tempatan Berkemahiran Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpandangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi pemacu utama atau game changer dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi. Ini kerana menurut beliau, ia berdasarkan statistik terkini Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), seramai 118,000 pelajar baharu mendaftar masuk ke 36 politeknik […]

» Read more

Kerajaan Negeri Pahang Akan Tubuh Sekretariat Perantau Anak FELDA Pahang – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan sekretariat baharu yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk anak-anak peneroka FELDA iaitu Sekretariat Perantau Anak FELDA Pahang. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa beliau telah bersama 5,000 warga FELDA untuk meraikan Karnival Segalanya FELDA pada […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Sambut Baik Tekad Noktahkan Kemiskinan Tegar Sabah, Cadang Dapatkan Statistik Sebenar

LAHAD DATU, 4 Jun – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tekad kerajaan untuk noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diusahakan untuk statistik baharu dilaksana di setiap Parlimen di Sabah agar tidak ada yang tertinggal dalam usaha untuk […]

» Read more

Ahmad Zahid Harap Industri E-Sports Terus Berkembang Maju Masa Akan Datang

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar industi e-Sports yang mempunyai tarikannya tersendiri akan terus berkembang maju pada masa akan datang. Beliau yang juga Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya telah menyaksikan pertandingan Grand Final Mobile Legends Professional League MPL MY S13 2024, pada Isnin. “Balik dari Bagan Datuk semalam […]

» Read more

TVET ‘Game Changer’ Kebolehpasaran Negara, Bukan Lagi Pilihan Kedua Atau Ketiga – Tengku Hafiz

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan berpandangan kerajaan telah berjaya memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua atau ketiga tetapi ia merupakan ‘game changer’ kepada kebolehpasaran dalam dan luar negara. Katanya ini kerana rata-rata ibu bapa cakna dan faham akan peluang yang tersedia […]

» Read more

UMNO Tetap Relevan… Sama-Sama Bina, Tempuh Cabaran Demi Khidmat Kepada Rakyat – Suhaimizan

KUALA LUMPUR, 4 Jun – “Meskipun UMNO menghadapi pelbagai cabaran sepanjang penubuhannya hinggalah ke hari ini, namun ianya bukan sahaja tetap relevan malah perjuangannya tetap tidak berubah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar. Justeru beliau berpandangan apa yang diwara-warakan kononnya parti lain mampu menggantikan UMNO sebagai payung kepada orang Melayu dan rakyat secara keseluruhannya adalah tanggapan yang […]

» Read more
1 901 902 903 904 905 2,484