31 Soalan Tabung Haji
Enam fakta asas – kurang satu minit.
1. Tiada perkataan “sakau”
Perkataan “sakau”, “rompak” dan “mencuri” tidak wujud di mana-mana dalam laporan RCI.
2. Tiada penemuan jenayah
RCI tidak membuat sebarang dapatan kesalahan jenayah terhadap mana-mana individu.
3. RM12 bilion bukan angka
RCI Ia kenyataan politik pada 15 Ogos 2026. Angka dalam laporan ialah premium RM10.2 bilion.
4. Tiada seorang pun disabitkan
Setakat 19 Ogos 2026, tiada sabitan bagi mana-mana perkara Tabung Haji 2014-2020.
5. Wang pendeposit kekal
Tiada pendeposit dilaporkan kehilangan wang pokok simpanan mereka.
6. Pelantikan itu sah di sisi undang-undang
Akta 535 menyenaraikan hanya tiga ketidaklayakan – jawatan parti bukan salah satu daripadanya.

BAHAGIAN A — DAKWAAN “SAKAU” & JENAYAH
S O A L A N 1
Adakah laporan RCI berkata wang Tabung Haji “disakau” atau dicuri?
Tidak. Perkataan “sakau”, “rompak” dan “mencuri” tidak wujud di manamana dalam teks laporan RCI — ini disahkan melalui semakan teks penuh.
Laporan itu tidak membuat sebarang penemuan kesalahan jenayah terhadap sesiapa.
Apa yang RCI temui ialah salah tadbir, kelemahan tadbir urus dan ketidakpatuhan statutori. Ketiga-tiga perkara itu serius, tetapi ketigatiganya bukan jenayah di sisi undang-undang.
S O A L A N 2
Kalau begitu, dari mana datang angka “RM12 bilion hilang”?
Daripada ucapan politik, bukan daripada laporan RCI. Ia diucapkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kongres Nasional Keadilan (PKR), MITC Melaka, pada 15 Ogos 2026.
RM12 bilion bukan angka yang wujud dalam laporan RCI. Angka sebenar dalam laporan ialah premium pemindahan aset RM10.2 bilion dan kerugian terkumpul RM4.7 bilion sehingga 2017. Perkataan “hilang” juga mengelirukan, ini kerugian nilai pelaburan atas buku, bukan wang yang lesap daripada akaun.
S O A L A N 3
Adakah RCI menamakan mana-mana pemimpin UMNO sebagai pencuri wang Tabung Haji?
Tidak, seorang pun tidak.
RCI tidak membuat sebarang dapatan salah laku jenayah terhadap manamana individu. Tiga tokoh UMNO memang disebut dalam laporan, tetapi dalam konteks isu dasar pelantikan ahli politik ke Lembaga, bukan sebagai pencuri, dan bukan dikaitkan dengan mana-mana keputusan pelaburan tertentu.
S O A L A N 4
Adakah RCI sebuah mahkamah?
Bukan. RCI ialah badan siasatan fakta di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Ia mengumpul keterangan, membuat penemuan dan mengesyorkan penambahbaikan. Ia tidak boleh mendakwa, tidak boleh menghukum, dan tidak boleh mensabitkan sesiapa. Hanya mahkamah boleh menentukan seseorang bersalah.
S O A L A N 5
Setakat ini, adakah sesiapa disabitkan dengan kesalahan berkaitan Tabung Haji?
Setakat 19 Ogos 2026, tiada seorang pun. Tiada sabitan bagi mana-mana perkara Tabung Haji bagi tempoh 2014– 2020. Siasatan memang sedang berjalan dan beberapa individu ditahan pada Ogos 2026, tetapi ditahan atau disiasat bukan bermakna bersalah. Di sisi undang-undang, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan
bersalah di mahkamah.
S O A L A N 6
Apa bezanya salah tadbir dengan mencuri?
Ia lima perkara yang berbeza sama sekali, dan tidak boleh dicampuradukkan:
1. Salah tadbir — kelemahan pengurusan dan pengawasan.
2. Pelaburan buruk — keputusan komersial yang akhirnya rugi.
3. Pelanggaran prosedur atau statut — melanggar peraturan; boleh berlaku tanpa niat jenayah.
4. Rasuah — memberi atau menerima suapan; ini jenayah.
5. Mencuri atau pecah amanah — mengambil harta untuk diri sendiri; ini jenayah.
RCI membuat penemuan dalam tiga kategori pertama sahaja. Ia tidak membuat penemuan dalam kategori keempat atau kelima terhadap sesiapa.
S O A L A N 7
Adakah pendeposit kehilangan wang simpanan mereka?
Tidak.
Tiada pendeposit dilaporkan kehilangan wang pokok simpanan mereka. Wang setiap pendeposit kekal dalam akaun masing-masing. Apa yang berlaku ialah kadar hibah menurun ke 1.25% pada 2018, sebelum naik semula ke sekitar 3.50% bagi 2019–2021.
Jumlah deposit mengecut daripada RM73 bilion kepada RM69 bilion pada 2019, kemudian pulih.
BAHAGIAN B — SIAPA BERTANGGUNGJAWAB
S O A L A N 8
Siapa sebenarnya yang meluluskan pelaburan Tabung Haji?
Di sisi undang-undang, kelulusan akhir terletak pada Menteri. Tetapi keputusan itu dibuat berdasarkan laluan yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan, bukan bermula daripada Menteri sendiri.
Laluan sebenarnya adalah seperti berikut:
Pihak Pengurusan menyediakan dan membingkai kertas cadangan → Panel Pelaburan meneliti → Lembaga Pengarah bersetuju → Menteri meluluskan.
Ertinya, setiap keputusan bermula dan berakhir dengan maklumat yang disediakan oleh pengurusan.
Menteri memegang 12 kuasa di bawah Akta 535, termasuk kuasa meluluskan setiap aktiviti pelaburan, tetapi RCI mendapati Menteri “bergantung kepada memo” yang disediakan pengurusan, dan semua dokumen kelulusan menunjukkan catatan “dipersetujui seperti
dicadangkan”.
Kesimpulannya mudah: pihak yang menyediakan maklumat mengawal keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat itu.
S O A L A N 9
Siapa yang menilai Pelaburan Tabung Haji sebelum ia sampai kepada Menteri?
Setiap cadangan pelaburan melalui beberapa lapisan profesional sebelum dikemukakan untuk kelulusan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO): bertanggung jawab terhadap keseluruhan pengurusan dan operasi harian TH.
Ketua Pegawai Kewangan (CFO): bertanggung jawab terhadap kewangan dan laporan kewangan TH.
Pengurusan Pelaburan: Menyediakan dan menilai cadangan pelaburan
Pengurusan Risiko: menilai risiko yang pelaburan yang terlibat
Panel Pelaburan: meneliti dan memperaku cadangan sebelum dibawa kepada Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah: mempertimbang dan bersetuju sebelum dikemukan kepada Menteri untuk kelulusan.
Menteri membuat keputusan berpandukan analisis, penilaian dan
perakuan profesional yang telah melalui beberapa lapisan sebelum sampai kepadanya.
S O A L A N 10
Adakah Pengerusi mempunyai kuasa mutlak ke atas pelaburan?
Tidak.
Akta 535 meletakkan kuasa meluluskan pelaburan dan hibah pada Menteri, dan pengurusan harian pada KPE.
Pengerusi tidak boleh bertindak secara unilateral.
RCI juga tidak menamakan Pengerusi dalam mana-mana keputusan pelaburan tertentu dan tidak membuat sebarang dapatan salah laku
individu terhadapnya.
Sebarang naratif yang meletakkan seluruh krisis TH atas bahu seorang Pengerusi bercanggah dengan struktur Akta itu sendiri.
S O A L A N 11
Adakah salah di sisi undang-undang melantik ahli politik ke Lembaga Tabung Haji?
Tidak salah — ia sah sepenuhnya.
Seksyen 6(3) Akta 535 menyenaraikan hanya tiga ketidaklayakan:
i. bankrap
ii. disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang setahun, dan
iii. tidak sempurna akal.
Jawatan parti bukan salah satu daripadanya.
Pada masa ini, masih terdapat pelbagai badan berkanun syarikat milik kerajaan yang mempunyai ahli politik sebagai anggota lembaga pengarah.
S O A L A N 12
Siapa yang patut dipertanggungjawabkan jika kertas pelaburan mengandungi maklumat yang salah?
RCI menjawab soalan ini dengan jelas. Suruhanjaya mendapati wujud “transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat”, dan frasa “perakaunan kreatif” disandarkan dua-dua kali kepada “pengurusan LTH” — bukan kepada Lembaga Pengarah, bukan kepada Pengerusi, dan bukan kepada Menteri.
Pihak yang menyediakan maklumat yang tidak lengkap tidak boleh menyalahkan pihak yang membuat keputusan berdasarkan maklumat itu.
BAHAGIAN C – HIBAH & PERAKAUNAN
S O A L A N 13
Mengapa hibah dibayar pada 2014–2017 sedangkan kedudukan kewangan dikatakan bermasalah?
Kerana pada masa keputusan dibuat, angka yang berada di hadapan pembuat keputusan menunjukkan aset melebihi liabiliti.
Hibah diisytiharkan pada suku pertama setiap tahun, sebelum akaun beraudit siap.
Bagi 2014 dan 2015, jadual PwC sendiri menunjukkan lebihan sebelum agihan.
S O A L A N 14
Adakah Lembaga sepatutnya tahu kedudukan sebenar?
Lembaga bergantung kepada penyata kewangan yang telah diaudit dan diperakui bersih oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun dari 2014 hingga
2017.
Itu dokumen rasmi tertinggi yang ada pada mereka.
S O A L A N 15
Apa maksud “perakaunan kreatif” dalam laporan RCI? Adakah ia penipuan?
Frasa itu muncul dua kali sahaja dalam laporan, dan kedua-duanya merujuk kepada pengurusan LTH. Maksudnya ialah penggunaan anggaran nilai aset boleh direalisasi (RAV) untuk menunjukkan pematuhan Seksyen 22, dan perubahan ambang rosot nilai.
Laporan tidak melabelnya sebagai penipuan, frod atau jenayah.
RCI mencirikannya sebagai ketidakpatuhan piawaian perakaunan, perkara yang berbeza sama sekali daripada penipuan.
S O A L A N 16
Adakah sesiapa yang mengaut wang hibah itu untuk diri sendiri?
Tiada.
Wang hibah itu mengalir kepada pendeposit iaitu kepada 9 juta rakyat yang menyimpan untuk menunaikan haji.
Tiada satu pun dapatan RCI bahawa mana-mana individu memasukkan wang itu ke dalam poket sendiri.
Inilah perbezaan asas antara membayar hibah terlalu tinggi (keputusan pengurusan) dengan mencuri (jenayah).
S O A L A N 17
Apakah peranan Jabatan Audit Negara dalam hal ini?
JAN mengaudit penyata kewangan TH dan mengeluarkan Sijil Audit Bersih setiap tahun dari 2014 hingga 2017.
Bagi tahun 2017, Pendapat Berteguran pada mulanya dicadangkan, tetapi selepas perbincangan dengan Perdana Menteri pada 4 Julai 2018, Ketua
Audit Negara mengeluarkan pendapat bersih pada 16 Julai 2018.
RCI menyifatkan JAN sebagai “tidak tegas” dan mungkin berada di bawah tekanan.
Perlu ditegaskan:
Peristiwa 4 Julai 2018 itu berlaku di bawah pentadbiran selepas PRU-14, bukan sebelumnya (Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018, iaitu hampir dua bulan sebelum perbincangan tersebut.)
BAHAGIAN D — BANK NEGARA MALAYSIA
SOALAN 18
Adakah Tabung Haji sebuah bank?
Bukan.
TH ialah Institusi Kewangan Bukan Bank, badan berkanun di bawah Akta 535, bukan bank berlesen.
Ia tidak tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Penyelianya ialah Menteri Hal Ehwal Agama, bukan Bank Negara.
S O A L A N 19
Kalau BNM tiada kuasa ke atas TH, kenapa BNM menghantar surat amaran?
BNM memantau TH atas mandat kestabilan kewangan negara, kerana TH memegang deposit isi rumah yang besar dan merupakan pemegang saham utama Bank Islam serta Syarikat Takaful.
Tetapi RCI menyatakannya dengan jelas dalam perenggan 3.6.1: kerana TH bukan institusi di bawah IFSA, “maka ia bukan institusi di bawah kawalan
BNM.”
Surat-surat Bank Negara Malaysia itu adalah nasihat, bukan arahan yang mengikat.
S O A L A N 20
Adakah TH melanggar undang-undang kerana tidak bertindak atas surat BNM?
Tidak.
Mengabaikan nasihat yang tidak mengikat ialah kritikan tadbir urus, bukan pelanggaran undang-undang, dan ia tidak menimbulkan sebarang liabiliti undang-undang.
Sebaliknya, RCI mendapati keputusan Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 yang meletakkan TH di bawah BNM adalah “tidak selari dengan Akta 535”: iaitu tindakan pembetulan selepas 2018 itulah yang membawa dapatan percanggahan undang-undang, bukan keputusan sebelumnya.
BAHAGIAN E — UJSB , SUKUK & ERA SELEPAS 2018
S O A L A N 21
Mengapa laporan RCI hanya diterbitkan pada 29 Julai 2026, hampir empat tahun selepas siap?
Laporan bertarikh 19 Julai 2022 dan diperingkatkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Ia kekal dirahsiakan selama lebih 47 bulan merentasi beberapa kerajaan sebelum dinyahklasifikasi.
Ini soalan ketelusan yang sah, dan ia soalan yang perlu dijawab oleh setiap pentadbiran yang memegangnya.
S O A L A N 22
Mengapa RCI berhenti pada tahun 2020 dan tidak menyiasat UJSB?
Kerana Terma Rujukannya menetapkan begitu Terma Rujukan itu secara eksplisit mengecualikan “pelan penstrukturan dan pemulihan yang sedang dijalankan”.
Akibatnya, penubuhan UJSB, harga pemindahan aset, terma sukuk dan keputusan pelupusan aset tidak pernah dinilai oleh mana-mana suruhanjaya bebas.
Jurang ini nyata, dan ia belum ditutup sehingga kini.
S O A L A N 23
Adakah aset Tabung Haji dijual murah oleh UJSB?
Sebahagiannya ya, dan datanya kukuh.
Kelompok jualan terbesar UJSB berlaku pada Februari hingga Mei 2020, tepat pada palung pasaran COVID.
Tujuh daripada sembilan tawaran yang direkodkan RCI dibuat antara Mac dan Mei 2020.
Kaunter seperti KSL, MMC, Boustead Plantations, E&O dan Dayang semuanya melonjak selepas dilepaskan. Sebahagian kaunter lain memang terus jatuh.
Tetapi persoalan pemilihan masa pelupusan pada 2020 itu sah, berdata, dan belum pernah dijawab.
S O A L A N 24
Berapakah tunai sebenar yang Tabung Haji terima daripada urus niaga RM19.9 bilion itu?
Hampir tiada.
Dalam tempoh tujuh tahun 2019–2026, tunai sebenar yang diterima TH ialah lebih kurang RM700 juta sahaja daripada nilai pemindahan RM19.9
bilion, kurang 0.5% setahun. Bakinya ialah sukuk kupon sifar yang keuntungannya hanya diakru atas kertas, RM840 juta setahun tanpa aliran tunai.
Ertinya, hibah selepas 2019 turut dibayar daripada pendapatan yang tidak bersandarkan tunai; corak yang serupa secara struktur dengan perkara
yang dikritik pada era 2014–2017.
S O A L A N 25
Apa yang berlaku apabila sukuk matang pada Mei 2026?
Ia tidak dijelaskan dengan tunai.
UJSB menyelesaikannya dengan menerbitkan sukuk baharu RM11.5 bilion bertempoh 10 tahun pada kadar 3.825%, matang sekitar 2036, ditambah pemindahan dua bidang tanah bernilai RM965 juta.
Dengan kata lain, obligasi itu ditolak ke hadapan selama sepuluh tahun lagi, bukan dilangsaikan.
S O A L A N 26
Patutkah ada RCI atau audit forensik bagi era 2019–2026?
Prinsipnya mudah: jika akauntabiliti dituntut bagi 2014–2020, standard yang sama mesti dikenakan bagi 2021–2026.
Tuntutan ini bersifat dwipartisan.
Kabinet pada 31 Julai 2026 bersetuju melanjutkan kajian dapatan, dan pada 18 Ogos 2026 Perdana Menteri menyatakan tiada halangan untuk siasatan melangkaui tempoh 2014–2020. Yang tinggal hanyalah persoalan mekanisme dan skop.

BAHAGIAN F — LANGKAH SETERUSNYA: PENDIRIAN DAN TUNTUTAN
S O A L A N 27
Apakah pendirian UMNO terhadap tindakan undangundang ke atas sesiapa yang bersalah?
Tegas dan tanpa syarat: jika ada kesalahan, tangkap dan dakwa. Jangan berhenti pada istilah “sakau”, “penyelewengan” atau sidang media. Jika SPRM, PDRM dan Peguam Negara mempunyai bukti yang boleh diterima di mahkamah, dakwa individu yang bertanggungjawab — tanpa mengira jawatan, parti atau era. Pada masa yang sama, hentikan penghukuman politik sebelum proses undang-undang selesai.
UMNO tidak meminta sesiapa berhenti menyiasat — sebaliknya, siasat dengan lebih tegas.
Tetapi bezakan dengan jelas empat perkara yang berlainan sama sekali:
dakwaan · siasatan · pertuduhan · sabitan.
Siasatan SPRM dan PDRM sedang aktif berjalan sekarang, jadi perbezaan ini menjadi lebih penting, bukan kurang. Keputusan pendakwaan mesti berasaskan undang-undang dan keterangan yang boleh diterima mahkamah — bukan tekanan politik atau kalendar pilihan raya.
S O A L A N 28
Apakah tuntutan UMNO terhadap syor audit forensik yang dibuat RCI?
Laksanakan sepenuhnya dan umumkan hasilnya kepada rakyat.
RCI sendiri mengesyorkan pemeriksaan forensik ke atas satu siri pelaburan bermasalah.
Setakat ini, audit forensik itu belum dijalankan.
UMNO tidak sepatutnya menolak syor itu — UMNO menuntut ia disiapkan.
Sebabnya jelas: audit forensik ialah satu-satunya kaedah yang boleh menentukan secara muktamad sama ada sesuatu kerugian berpunca daripada keputusan komersial yang buruk, kelemahan prosedur, atau perbuatan jenayah.
S O A L A N 29
Adakah penelitian sepatutnya berhenti pada tahun 2020?
Tidak.
Penelitian mesti diluaskan kepada keseluruhan proses pemulihan dan penstrukturan selepas 2018 — penubuhan UJSB, pemindahan aset, terma sukuk, dan pelupusan aset susulan. Sebabnya bukan politik, tetapi struktur: Terma Rujukan RCI secara eksplisit mengecualikan pelan penstrukturan dan pemulihan.
Akibatnya, tempoh selepas 2018 tidak pernah dinilai oleh mana-mana suruhanjaya bebas.
Tuntutannya ialah satu garis masa akauntabiliti yang berterusan — bukan “era UMNO lawan era PH”.
Wang itu milik 9 juta pendeposit sepanjang tempoh berkenaan, dan akauntabiliti tidak sepatutnya bermula dan berhenti mengikut siapa yang memerintah.
S O A L A N 30
Apakah yang perlu didedahkan mengenai UJSB?
Bentangkan akaun penuh UJSB kepada rakyat — bukan angka terpilih,
tetapi rekonsiliasi yang lengkap dan boleh disemak:
Aset apa dipindahkan → nilai ketika dipindahkan → aset mana telah dijual → pada harga berapa → hasil tunai sebenar → aset yang masih dipegang → liabiliti sukuk → kedudukan semasa.
Ini penting kerana angka-angka besar sedang dilemparkan dalam perdebatan awam tanpa asas yang boleh disemak.
Rakyat berhak tahu ke mana perginya nilai RM19.9 bilion itu, mengapa tunai yang diterima TH hanya sekitar RM700 juta dalam tujuh tahun, dan mengapa sukuk yang matang pada Mei 2026 diselesaikan dengan kertas baharu sehingga 2036 dan bukan dengan tunai.
Keputusan sukuk 2026 itu sendiri wajar dijelaskan sepenuhnya kepada Parlimen.
S O A L A N 31
Selain siasatan, apakah yang perlu dilakukan supaya perkara ini tidak berulang?
Dua perkara.
Pertama — laksanakan pembaharuan tadbir urus yang disyorkan RCI, bukan sekadar menggunakan laporan itu untuk berpolitik atau mengeluarkannya ketika musim pilihan raya. Syor itu wujud untuk dilaksanakan — bukan untuk disimpan dan dikeluarkan bila perlu.
Kedua — kenakan standard yang sama kepada semua institusi pelaburan kerajaan. Jika Tabung Haji wajar diperiksa, maka KWAP, Khazanah dan institusi pelaburan kerajaan yang lain juga wajar diperiksa dengan piawaian yang sama.
Sebarang dakwaan terhadap mana-mana institusi tersebut hendaklah disiasat mengikut proses yang sama iaitu disiasat, dibuktikan, dan dibawa ke mahkamah jika ada bukti.
Prinsipnya satu sahaja: akauntabiliti tidak boleh bersifat memilih.
PRINSIP UMNO
KESIMPULAN AKHIR
Jika ada bukti salah guna kuasa, pecah amanah, rasuah atau apa-apa jenayah lain – oleh sesiapa pun, dari mana-mana era – ia hendaklah dilaporkan, disiasat dan dibawa ke mahkamah. Kesalahan jenayah mesti ditentukan melalui proses undang-undang, bukan melalui ceramah politik, tuduhan serkap jarang atau permainan persepsi.
Sumber: Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Tabung Haji (WJD22-0447) bertarikh 19 Julai 2022 dan diterbitkan 29 Julai 2026; jawapan Parlimen; laporan media kewangan.
Diterbitkan oleh Penerangan UMNO Malaysia.
Status maklumat: 19 Ogos 2026.
