Alhamdulillah… Selesai Mesyuarat Cawangan Bukti Akar Umbi UMNO Utuh – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Mesyuarat peringkat cawangan UMNO yang berakhir Ahad lalu di seluruh negara ternyata memberikan gambaran yang amat bermakna kepada parti berkenaan.

Kelancaran dan kejayaan cawangan-cawangan mengadakan persidangan masing-masing baik di peringkat sayap membuktikan ahli parti berkenaan di peringkat akar umbi tetap utuh dan teguh bersama dengan perjuangan orang-orang Melayu di negara ini.

Naib Ketua UMNO Lenggong yang juga Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah turut melahirkan rasa syukur kerana semua cawangan di Lenggong berjaya melaksanakan persidangan masing-masing dan terakhir UMNO Cawangan Desa Ibol, Kampung Sumpitan melaksanakan amanah mereka.

“Kehadiran ahli dalam setiap mesyuarat sangat baik. Ini membuktikan ahli UMNO di Lenggong tetap utuh. Kesepaduan inilah yang akan kita terus pertahankan di Lenggong ini, insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Kata beliau lagi mesyuarat di cawangan berkenaan yang turut dihadiri Ketua UMNO Lenggong yang juga Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memeriahkan lagi persidangan berkenaan.

“Ahad hari terakhir tempoh persidangan cawangan yang ditetapkan oleh parti, saya berkesempatan hadir ke Mesyuarat UMNO Cawangan Desa Ibol Kampung Sumpitan Lenggong.

“Alhamdulillah… turut bersama Datuk Seri Saarani Mohamad di mesyuarat UMNO cawangan yang ke 66 di Lenggong.

“Ini bermakna semua UMNO cawangan dalam UMNO Bahagian Lenggong telah melaksanakan mesyuarat mengikut jadual yang ditetapkan. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.