TVET Pemacu Utama Usaha Kerajaan Lahirkan Tenaga Mahir Tempatan Berkemahiran Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpandangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi pemacu utama atau game changer dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.

Ini kerana menurut beliau, ia berdasarkan statistik terkini Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), seramai 118,000 pelajar baharu mendaftar masuk ke 36 politeknik dan 104 kolej komuniti seluruh negara sekali gus meningkat 20 peratus tahun ini.

“Dalam anjakan ketara, graduan TVET semakin mendapat perhatian dalam pasaran kerja di Malaysia. Statistik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggariskan aliran meningkat iaitu 92.5 peratus graduan TVET semakin mendapat perhatian dalam pasaran kerjaya, sekaligus menandakan perubahan transformatif dalam landskap keutamaan dan permintaan tenaga kerja.

“Baru-baru ini telah diadakan pameran hasil kerja oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) di ruang legar KPT. Beberapa politeknik dan kolej komuniti telah mempersembahkan kekreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai produk dan hasil tangan yang boleh dipasarkan kepada orang ramai. Saya melihat setiap booth ini dan saya sendiri mengagumi akan kemahiran yang mereka hasilkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN) berkata kualiti yang ada pada pelajar dan tenaga pengajar POLYCC pada ketia ini berada pada tahap yang membanggakan.

Dalam pada itu Zambry turut sama mengajak orang ramai hadir dalam mendapatkan maklumat yang lebih tepat di sambutan Hari TVET Negara pada 7 dan 8 Jun 2024 bertempat di Institut Latihan Perindustrian, Kuala Langat, Selangor.

Hari TVET Negara dianjurkan dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya” dengan pelbagai jenis pameran, informasi dan benda menarik yang boleh di dapati. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.