UMNO Tetap Relevan… Sama-Sama Bina, Tempuh Cabaran Demi Khidmat Kepada Rakyat – Suhaimizan

KUALA LUMPUR, 4 Jun – “Meskipun UMNO menghadapi pelbagai cabaran sepanjang penubuhannya hinggalah ke hari ini, namun ianya bukan sahaja tetap relevan malah perjuangannya tetap tidak berubah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar.

Justeru beliau berpandangan apa yang diwara-warakan kononnya parti lain mampu menggantikan UMNO sebagai payung kepada orang Melayu dan rakyat secara keseluruhannya adalah tanggapan yang jauh tersasar.

 “Kita tahu ada parti yang kononnya mahu menggantikan UMNO, seperti parti Bersatu yang beria-ria daripada dahulu hingga sekarang mahu memecah-belahkan UMNO… namun di  Parlimen Tampin, Alhamdulillah masyarakat seia-sekata terus mempertahankan perjuangan parti ini.

“UMNO yang kita sama-sama perjuangkan dan sama-sama bina daripada dahulu hingga ke hari ini, insya-Allah akan sentiasa berjuang demi agama, bangsa dan negara. Kita pedulikan parti-parti yang lebih heboh… apa pun Alhamdulillah parti ini sentiasa membantu semua lapisan masyarakat,” katanya kepada UMNO Online.

Suhaimizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin menjelaskan UMNO sama sekali tidak memilih individu malah tetap membantu dan meringankan segala permasalahan yang dihadapi oelh masyarakat setempat

“Prinsip kita meringankan beban rakyat, segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat parti ini akan cuba menyelesaikannya. Contoh isu banjir, perbaiki rumah dan sebagainya lagi, insya Allah kita sentiasa turun padang meringankan beban khususnya di Tampin ini.

“Akar umbi UMNO walau di mana berada tetap akan membantu masyarakat, mereka turun padang ringankan kesusahan masyarakat.

“Yang dimomokkan sekarang ini adalah fitnah dan tohmahan semata-mata terhadap UMNO dan di peringkat UMNO Bahagian Tampin kita sentiasa terus istiqamah dan itulah perjuangan kita,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.