Ahmad Zahid Harap Industri E-Sports Terus Berkembang Maju Masa Akan Datang

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar industi e-Sports yang mempunyai tarikannya tersendiri akan terus berkembang maju pada masa akan datang.

Beliau yang juga Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya telah menyaksikan pertandingan Grand Final Mobile Legends Professional League MPL MY S13 2024, pada Isnin.

“Balik dari Bagan Datuk semalam saya terus ke Stadium Tertutup MPSJ, bagi menyaksikan pertandingan Grand Final Mobile Legends Professional League MPL MY S13 2024.

“Saya sempat menyaksikan Selangor Red Giants (SRG) beraksi dalam pertandingan akhir mengalahkan penyandang juara HomeBois.

“Haritu saya tengok sepak takraw, mendebarkan. Tengok pertandingan eSports malam tadi tu pun boleh tahan juga thrill dia ya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mendoakan agar Selangor Red Giants yang bakal mewakili Malaysia ke MSC 2024 mencapai kejayaan bagi mengharumkan nama negara dalam bidang esports.

“Selangor Red Giants akan mewakili Malaysia ke MSC 2024 yang akan diadakan di Riyadh nanti. Sama-sama kita doakan semoga mereka mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara dalam bidang eSports.

“Saya berharap industri eSports yang mempunyai tarikannya sendiri ini akan terus berkembang maju di masa akan datang.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan ini untuk menyumbang kepada industri sukan negara,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.