Menjelang PAU 2020, Pendaftaran Perwakilan Patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sehari menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 membuka tirai, perwakilan UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO mula melakukan pendaftaran hari ini. Bermula pukul 10.00 pagi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula didatangi perwakilan UMNO dari 190 bahagian seluruh negara. Terdahulu, mereka yang tiba di sini diwajibkan mengimbas menggunakan aplikasi MySejahtera untuk tujuan daftar […]

» Read more

Undi 18: Menteri Kata Paling Lewat Julai 2021, SPR Pula Selepas 1 Sept 2022… Penjelasan?

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menimbulkan persoalan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun hadapan. Tegas Ahli Parlimen Pontian itu, ini berlainan dengan apa yang disebut oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk […]

» Read more

PAU 2020: UMNO Wajar Mainkan Peranan Sebagai ‘The Malay Braintrust’ – Khaled

KUALA LUMPUR, 26 Mac – UMNO akan mengadakan perhimpunan agungnya bermula esok setelah pelbagai ulasan, telahan dan komentar tentang apa yang akan berlaku dalam persidangan itu diterbitkan dalam pelbagai saluran media. Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengungkapkan renungan kepada para perwakilan ekoran demikianlah pentingnya UMNO kepada politik dan masa depan Malaysia kerana apa yang akan […]

» Read more

COVID-19 Di Sekolah: Pencerahan Diperlukan Tapi ‘Perutusan Khas’ Masih Tiada, Tegas Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Belum ada sidang khas oleh pihak berwajib bagi memperjelaskan tentang perkembangan yang agak membimbangkan kepada umum berhubung penularan COVID-19 di beberapa sekolah, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam keadaan inilah kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ‘perutusan khas’ amat diperlukan oleh ibu bapa, murid dan guru bagi mendapatkan pencerahan mengenai tahap […]

» Read more

PAU 2020 Platform Perkemaskan Formula, Menyatupadukan Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pelbagai pihak melihat Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan bermula Sabtu ini merupakan satu platform yang amat signifikan untuk parti merumus serta memperkemaskan segala formula ke arah parti melangkah ke depan dengan lebih utuh. Bagi Ketua Penerangan UMNO Johor Bahru, Saifudin Yusuf walaupun berada di dalam persidangan secara norma baharu UMNO masih lagi bersemangat untuk […]

» Read more

Utamakan Kepentingan Parti, Kukuhkan Perpaduan Dan Bina Kekuatan – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jika UMNO mahu kembali berkuasa semua pihak perlu mengutamakan kepentingan parti, perkukuhkan perpaduan dan fokus membina kekuatan. Kata Menteri Tenaga Dan Sumber Asli itu, di antara faktor utama yang menentu kepada kekuatan parti adalah kesetiaan pemimpin dan ahli kepada parti. “Bila kita setia […]

» Read more

Jadikan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Pentas Kebersamaan, Julang Perjuangan Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan diadakan pada hujung bulan ini menjadi pentas kebersamaan di kalangan ahli parti serta seluruh kepimpinan dalam usaha menjulang perjuangan parti berkenaan. Menurut beliau walaupun para perwakilan tidak dapat hadir ke Dewan Merdeka di sini sepertimana kebiasaan sebelum ini, namun insya-Allah […]

» Read more

PAU 2020 Tumpuan Rakyat Mendepani Arus Politik Negara – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap Perhimpunan Agung UMNO kali ini menjadi platform terbaik dalam mendengar pandangan ahli parti untuk memastikan UMNO kekal relevan berjuang demi rakyat. Jelas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ini kerana UMNO merupakan organisasi teraju kepimpinan yang penting dan adalah induk kepada politik negara. “UMNO mesti berupaya untuk […]

» Read more

Tanggapan Berdiam Diri, Tidak Bersuara Pertahan UMNO Kesimpulan Tersasar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Pelbagai tanggapan dan kesimpulan liar oleh pelbagai pihak merupakan asam garam dalam politik malah dalam keadaan yang boleh diumpamakan kaki kanan berada di dalam parti manakala kaki kiri di dalam kerajaan. Inilah gambaran jelas betapa beban tugas yang cukup mencabar bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kanan Pertahanan di […]

» Read more

Raptai PAU 2020 Secara Maya Seluruh Negara Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Hari ini telah berlangsungnya raptai Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang turut melibatkan 190 UMNO Bahagian-bahagian secara maya seluruh negara. Raptai perasmian tersebut dilakukan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) serta dipancarkan secara maya kepada kesemua bahagian […]

» Read more
1 893 894 895 896 897 1,625