Konsistensi Kunci Utama Bawa Suara Pemuda Ke Arah Perubahan – Fariz Hazurin

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail berpandangan bahawa komitmen untuk membawa perubahan dalam parti ini adalah satu langkah yang tepat dan sangat diperlukan. Ini kerana katanya, ia adalah sejajar dengan tujuan asal penubuhan UMNO iaitu untuk memastikan agenda perjuangan agama, bangsa dan negara dapat direalisasikan dengan berkesan. “Konsistensi adalah kunci utama dalam […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Pilih Pemimpin Yang Boleh Bawa Kestabilan Politik – Zaidi

TANJONG KARANG, 18 Jun – Kestabilan politik penting bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi negara dan juga menaik taraf kehidupan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zin. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bangi menggesa rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memilih pemimpin yang boleh menjaga keamanan, kestabilan dan kemajuan bagi […]

» Read more

Aidiladha: Hayati Nilai Pengorbanan, Ketaatan Dan Kebersamaan Dalam Beribadah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam esok bukan sekadar perayaan sebaliknya hari untuk menghayati nilai-nilai pengorbanan, ketaatan, kebersamaan dan keikhlasan dalam beribadah. Beliau turut menyeru agar semua pihak berazam memperkuat hubungan silaturahim dengan keluarga, sahabat dan masyarakat setempat. “Alhamdulillah, kita sekali lagi diberikan kesempatan oleh […]

» Read more

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Aidiladha

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini. Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan doa agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT. “Saya juga […]

» Read more

Mahkamah Perlembagaan Perlu Disegerakan, Tangani Isu Mereka Yang Mempermainkan Perlembagaan Malaysia

MENGAPA kita perlu melindungi Perlembagaan Negara? Soalan mudah tapi sukar mahu menjawabnya jika kita tidak arif tentang fungsi Perlembagaan Negara. Pada umumnya, Perlembagaan Negara sangat penting kerana Perlembagaan Negara menjadi satu wahana yang dapat menjamin keamanan, keharmonian, kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara itu. Namun apabila perlembagaan itu tidak dihormati, malah dipersendakan maka berlakulah keadaan yang membawa mudarat kepada negara tersebut […]

» Read more

Kenyataan Sanusi Tidak Boleh Diterima, Gambarkan Hakikat Sebenarnya

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin melihat kenyataan Menteri Besar Negeri itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berhubung permintaan rakyat yang tular di media sosial merupakan satu kenyataan yang tidak boleh diterima. Bagi beliau kenyataan itu sangat menghina dan memperlihatkan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) itu tidak mampu dalam melaksanakan tanggungjawab […]

» Read more

Kuasai Teknologi AI Agar Tidak Dikelirukan – Zaidi

TANJONG KARANG, 16 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zin berkata penjelasan yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan penerangan yang cukup jelas dan di luar kotak pemikiran. Katanya sebagai contoh, teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu membawa lebih banyak impak positif dan memberi nilai tambah jika dimanfaatkan dengan […]

» Read more

‘Penerangan Ibarat Nadi Dalam Sesebuah Kempen Politik’ – Ismail

KUALA PILAH, 15 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata penerangan merupakan elemen penting dalam sesebuah kempen politik, sebagai usaha memberi pemahaman kepada rakyat berkenaan sesuatu isu. Menurut beliau, skop penerangan yang lebih meluas pada masa kini menuntut komitmen yang lebih tangkas apabila ia bukan hanya bersifat penerangan secara bersemuka bahkan menggunakan teknologi maklumat. “Penerangan ini […]

» Read more

Kerajaan Kedah Disaran Cari Jalan Jana Pendapatan Baharu, Rakyat Miskin Perlukan Bantuan

ALOR SETAR, 15 Jun – Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Pas disaran supaya mencari jalan untuk menjana pendapatan baharu bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan dan membela nasib rakyat miskin di negeri itu. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu melaksanakan tanggungjawab membantu golongan miskin dan bukannya […]

» Read more

UMNO Beaufort Hargai Peranan KEMAS, Penting Bantu Majukan Rakyat

BEAUFORT, 15 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa peranan kerajaan melalui pelbagai agensi amat penting dalam membantu rakyat sebagaimana yang diusahakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Dalam hal ini, beliau melahirkan penghargaan atas usaha yang dilaksana khususnya kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lantaran […]

» Read more
1 891 892 893 894 895 2,483