Rakaman Audio Mirip Menteri Perlu Disiasat Ketulenan, Libatkan Integriti – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 28 April – Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman berpandangan audio perbualan mirip suara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkaitan perlantikan jawatan di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu disiasat ketulenannya. Menurut beliau selepas tersebar audio mirip suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, kini tersebar […]

» Read more

Pelbagai Ujian Menjaga Anak-Anak Yatim, Ahmad Zahid Kagumi Penjaga Amanah

TANJUNG MALIM, 28 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menjaga rumah anak yatim adalah satu perkara yang dipuji oleh Allah SWT. Katanya, terdapat berbagai-bagai cabaran yang getir menjaga anak-anak yatim dan haruslah tatacara yang dibenarkan dalam agama Islam. “Saya pernah mengendalikan rumah anak yatim. Saya tidak terpilih untuk menjaga rumah anak yatim dan saya terpaksa […]

» Read more

Pelihara Nama Sekolah Dengan Pelihara Harga Diri Pelajar, Bukan Pertahankan Sikap Candaan Jenayah Rogol

KUALA LUMPUR, 28 April – Memelihara nama baik sekolah adalah dengan memelihara harga diri pelajar dan bukan mempertahankan sikap jelek dan candaan tentang jenayah rogol, tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Kata bekas Menteri Pengajian Tinggi itu, pendidikan adalah tentang ‘higher purpose’ dan jika kehormatan wanita menjadi bahan gurauan dan candaan, jelas kompas moral sistem pendidikan kita […]

» Read more

Kenyataan Seolah Salahkan BN & PM Ke-6 … Menteri PN Pandai Bermain Propaganda

KUALA LUMPUR, 27 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat seolah-olah mahu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri (PM) ke-6 disebalik kegagalan menguruskan kewangan negara. Katanya, jika benar kenyataan yang seolah-olah menyalahkan kerajaan BN dan PM ke-6 itu daripada beliau, nampak gaya Menteri Kewangan PN sudah […]

» Read more

Kompaun RM50,000: Janganlah Tambah Beban Ketika Rakyat Berdepan Situasi Sukar – Zahida

KUALA LUMPUR, 27 April – “Janganlah menambah beban lain ketika rakyat sudah setahun lebih berhadapan dengan situasi sukar,” tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berhubung isu peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi tempoh dibenarkan. Ujarnya, Prihatin kepada rakyat mestilah dibuktikan melalui tindakan. “Saya punya ramai kawan-kawan peniaga kecil-kecilan termasuk peniaga burger di tepi jalan. “Amat […]

» Read more

Penguatkuasaan Kena Tegas, Tapi Perlu Adil Dan Bertimbang Rasa – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pelbagai lagi bentuk pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) janganlah dilaksanakan sehingga menjadi beban dan kesusahan kepada rakyat. Jelas beliau, pelaksanakan perlu dilakukan dengan tegas tetapi haruslah bersifat adil dan bertimbang rasa. “Keadilan di tangan kanan, ihsan […]

» Read more

Hutang 1MDB RM32 Bilion, Hasil RM33.4 Bilion… Hutang Tak Dibayar, Ke Mana Pergi Duitnya?

SETELAH kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9 bilion, Menteri Kewangan PN beri alasan kerajaan terbeban dengan hutang RM32 bilion 1MDB pulak. Dah mula cakap macam Guan Eng ni walaupun ini bulan Ramadan. Ratib hutang 1MDB tapi tak jelaskan berapa dana yang sudah dibayar balik dan aset-aset yang masih dalam 1MDB. Ini realitinya. Hutang 1MDB ditinggal […]

» Read more

Peniaga Burger Kompaun RM50,000: Rakyat Marhaen Terus Kena Tindakan, Golongan Kayangan Pelbagai Alasan

KUALA LUMPUR, 27 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hairan berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila melibatkan rakyat marhaen kerajaan tidak bercakap banyak dan terus memberikan kompaun. Tetapi katanya apabila melibatkan golongan kayangan atau artis berkahwin, pelbagai alasan diberikan. “Antaranya kompaun masih belum dapat dikenakan, kertas siasatan sedang disiapkan, kertas siasatan […]

» Read more

Budaya Gangguan Seksual Perlu Dititiknoktahkan, Bukan Satu Gurauan – Norliza

KUALA LUMPUR, 27 April – Wanita UMNO dan Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang memberi amaran keras supaya budaya gangguan seksual hendaklah dihentikan serta-merta bermula dari peringkat sekolah dan sistem pendidikan di negara ini. Tegas ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim, sudah tiba masanya Malaysia sifar gangguan seksual kerana ia boleh dikategorikan sebagai satu bentuk ugutan dan ancaman yang dilihat masih […]

» Read more

SMK CBN Simbolik Cerita Malaysia, Pendidikan Bukan ‘Streo-type’ Untuk Semua Sekolah – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 27 April – Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (SMK CBN) seharusnya dijadikan tapak warisan negara seiring dengan sejarah dan jasanya dalam bidang pendidikan kerana Malaysia perlukan kepelbagaian dalam kecemerlangan dan bukan ‘streo-type’ dan model yang sama untuk semua sekolah. Jelas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ini kerana sejak keberadaan sekolah yang berusia 120 tahun […]

» Read more
1 870 871 872 873 874 1,629