Dari Pulau Ke Pedalaman, Semangat Perwakilan Bukti Kekuatan UMNO

KINABATANGAN, 6 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menzahirkan rasa kagum terhadap semangat luar biasa yang ditunjukkan perwakilan UMNO Kinabatangan pada Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian itu tahun ini. Menurut beliau, kehadiran perwakilan yang begitu ramai, termasuk yang sanggup merentas perjalanan berjam-jam dari pulau-pulau terpencil, menjadi bukti kukuh bahawa kekuatan […]

» Read more

Puteri UMNO Platform Kepimpinan Wanita Muda – Hasyyati

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Siti Nor Hasyyati Abd Rahman menyifatkan sayap parti ini sebagai platform pembinaan dasar serta ruang selamat untuk wanita muda menjadi versi terbaik dalam politik tanah air. Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa berkata ini kerana Puteri UMNO bukan sekadar sayap kecil yang hanya datang ketika pilihan raya namun […]

» Read more

Guna Tenaga Tidak Penuh Menurun Kepada 35.7%, Kerajaan Perkasa Latihan Kemahiran

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran telah mencatatkan penurunan daripada 37.3 peratus pada tahun 2022 kepada 35.7 peratus pada suku pertama 2025 dan penurunan ini merupakan hasil pendekataan secara menyeluruh oleh Kerajaan melalui pelbagai kementerian. Menurut beliau pihaknya menerusi jabatan dan agensi yang terlibat […]

» Read more

Ziarah Wanita UMNO Segamat Semarak Silaturahim dan Prihatin Masyarakat

SEGAMAT, 6 Ogos – Naib Ketua Wanita UMNO Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim terus memperkukuh agenda kebajikan dan semangat persaudaraan melalui penganjuran Jelajah Ziarah Prihatin di Zon Berata, di sini. Program ziarah yang memasuki sesi ketiga ini menjadi wadah mengeratkan silaturahim, menyantuni mereka yang sedang berdepan ujian kehidupan, termasuk golongan pesakit, individu kurang upaya, serta ibu-ibu […]

» Read more

MYJalan KKR Lalui Proses Penambahbaikan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selaras dengan No Wrong Door Policy (NWD), aplikasi MYJalan KKR menerima aduan mengenai jalan yang berada di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta aduan jalan di bawah pihak bertanggungjawab yang lain. Menurut beliau selepas saringan dilaksanakan, semua aduan ini disalurkan segera kepada pihak bertanggungjawab yang […]

» Read more

Semarak Merdeka Cerminan Kasih Sayang Rakyat Terhadap Negara – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang, Wanita UMNO Malaysia hari ini melancarkan Semarak Merdeka yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, semangat cintakan negara perlu terus dipupuk dalam semua lapisan masyarakat bagi memperkukuh perpaduan nasional dan jati diri kebangsaan. “Pelancaran Semarak Merdeka ini adalah […]

» Read more

Kajian Separuh Penggal Bukti Iltizam UMNO Terhadap Prinsip Ketelusan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dayang Nurazlin Nordin menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mencadangkan pelaksanaan kajian separuh penggal bagi menilai keberkesanan dan prestasi Kerajaan Perpaduan Malaysia. Beliau berkata ia mencerminkan iltizam UMNO terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban politik khususnya dalam menilai prestasi anggota pentadbiran kerajaan serta agensi-agensi milik dan […]

» Read more

Permohonan Rumah Prihatin Johor Kini Melalui Aplikasi ‘Najib Samuri’

PARIT YAANI, 6 Ogos – Aplikasi mudah alih ‘Najib Samuri’ yang dibangunkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri, kini terus menjadi pemudah cara utama dalam menyampaikan maklumat dan inisiatif kerajaan kepada masyarakat setempat. Terkini, aplikasi berkenaan telah menambah fungsi baharu bagi permohonan Rumah Prihatin Johor (RPJ), sebuah inisiatif kerajaan negeri yang menawarkan subsidi sehingga […]

» Read more

Jentera UMNO/BN DUN Tanjung Batu Siap Sedia Hadapi PRN Sabah Ke-17

KALABAKAN, 6 Ogos – UMNO dan Barisan Nasional (BN) DUN Tanjung Batu berada dalam keadaan penuh kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, hasil persiapan rapi dan semangat juang tinggi di peringkat akar umbi. Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, kejayaan penganjuran Program Radu Tatap Radu @ PDM Pasir Putih membuktikan kekuatan dan komitmen jentera parti di […]

» Read more

Haslinda Bidas Analogi ‘Lembu Betina’, Wanita Wajar Dihormati Bukan Jadi Bahan Hinaan

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Wanita UMNO Johor mengecam keras kenyataan seorang pemimpin muda yang menyamakan pemimpin wanita dengan “lembu betina”, yang disifatkan sebagai penghinaan melampau, tidak beradab, dan menjijikkan. Ketua Penerangan Wanita UMNO Johor merangkap ADUN Tenang, Haslinda Salleh menegaskan, perbandingan sebegitu bukan sahaja menyinggung individu yang menjadi sasaran, malah turut menghina seluruh wanita Malaysia yang selama ini berjuang […]

» Read more
1 443 444 445 446 447 2,472