Gagasan Presiden UMNO Martabatkan Masa Depan Bangsa – Haslinda

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Rumah Bangsa UMNO sebagai satu wadah penyatuan dan perjuangan, menyelami dan merasai denyut nadi akar umbi dan cita-cita masa depan bangsa dirangkum dalam satu tekad yang utuh. Exco Wanita UMNO, Haslinda Salleh berkata ia lahir daripada kesedaran bahawa kekuatan Melayu bukan sekadar pada struktur dan kuasa, tetapi pada kesatuan jiwa, nilai dan kesetiaan yang tidak […]

» Read more

Eksploitasi Agama Terus Cengkam Politik Kedah, Autonomi Jadi Keperluan Mendesak

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menegaskan bahawa UMNO Kedah mempunyai kekuatan, jentera dan legitimasi sendiri untuk menentukan haluan politik negeri ini. Ketua Penerangannya, Mohd Safwan Jaafar berkata sebarang kerjasama hanya wajar dipertimbangkan jika ia setara, berprinsip dan menguntungkan rakyat Kedah dan bukan kerana tekanan, angka atau keperluan pihak lain. “Pemuda UMNO Kedah berdiri teguh dan sebulat […]

» Read more

Alumni GPMS Kebangsaan Dokong Rumah Bangsa , Sambut Baik Cadangan Akta Perlindungan Guru

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Alumni GPMS Kebangsaan hari ini menyatakan sokongan dan dukungan penuh terhadap Rumah Bangsa yang dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang bertujuan menyatukan orang Melayu di bawah satu bumbung politik demi mewujudkan iklim yang lebih kondusif, stabil dan harmoni. Menurut Presiden Alumni GPMS Kebangsaan, Datuk Syed […]

» Read more

ART Malaysia–AS Masih Dalam Proses Ratifikasi, Keputusan Berlandaskan Kepentingan Negara – Johari

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata keputusan Kerajaan untuk memeterai perjanjian Agreement on Reciprocal Trade (ART) ini adalah hasil pertimbangan yang menyeluruh dan berlandaskan kepentingan ekonomi negara. Menurut beliau Kerajaan juga ingin menjelaskan bahawa pada masa ini proses ratifikasi masih berjalan dan belum selesai, dan ini bermakna ART antara Malaysia […]

» Read more

UMNO Rumah Bangsa, Norshida Sokong Usaha Penyatuan Parti Melayu Dan Islam

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Presiden UMNO dalam membina kolaborasi yang mempersatukan parti-parti Melayu dan Islam demi menjamin perpaduan serta kemajuan bersama. Menurut beliau, pendekatan matang dan berhemah yang dilaksanakan melalui musyawarah, termasuk menerusi Majlis Mesyuarat Nasional dan Majlis Perundingan Ummah, merupakan langkah yang bijak dalam menghadapi cabaran […]

» Read more

Ringankan Beban … TokMat Hasan Sampaikan Bantuan Awal Persekolahan

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyampaikan bantuan awal persekolahan untuk meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa bantuan kewangan tunai secara one-off telah disampaikan untuk menyediakan keperluan asas murid sebelum memulakan sesi persekolahan. “Alhamdulillah, petang tadi dapat menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan […]

» Read more

Rumah Bangsa UMNO Platform Penyatuan, Denyut Nadi Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Damansara, Ali Amir Razali menyifatkan amanat disampaikan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 adalah seruan untuk kebangkitan dan melakukan pembaharuan. Katanya ini kerana perubahan hanya bermakna apabila setiap ahli menjadi sebahagian daripada gerakan transformasi, sekaligus bagi membuktikan parti ini kekal relevan, diperlukan serta […]

» Read more

Ziarah Kasih Perkukuh Sokongan Pengundi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN, 21 Jan – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed meneruskan komitmen membantu jentera parti apabila turun padang dalam Program Ziarah Kasih di beberapa kampung sekitar Mukim Bukit Garam, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag. Memasuki fasa terakhir kempen, beliau bersama anggota jentera PDM Bukit Garam telah mengunjungi rumah ke rumah penduduk di kawasan pedalaman, sekali […]

» Read more

UMNO Satu-Satunya Rumah Bangsa, Bukan Retorik Politik – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman menegaskan bahawa gagasan Rumah Bangsa UMNO bukan sekadar slogan politik atau retorik semasa, sebaliknya satu hakikat berasaskan sejarah, jasa dan kemampuan UMNO dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. Menurut beliau, sepanjang sejarah penubuhan negara, UMNO terbukti sebagai satu-satunya parti yang konsisten menjadi benteng dan tempat berpaut […]

» Read more

Penyelesaian Isu Banjir Kilat Kulai Bukti Keprihatinan Kerajaan Negeri Johor

KULAI, 21 Jan – Isu banjir kilat yang berlarutan sejak berbelas tahun di sepanjang Jalan FT001 melibatkan kawasan seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) kini ditangani secara serius oleh Kerajaan Negeri Johor melalui pelaksanaan projek menaik taraf sistem perparitan dan pembentung secara tersusun dan berfasa. Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, […]

» Read more
1 … 352 353 354 355 356 … 2,518