AG Harus Berkredibiliti… Inkues Adib Seolah Ada Agenda Belakang Tabir

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan institusi Peguam Negara seharusnya berkredibiliti tinggi dan tidak wajar dinampakkan dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut semasa bertugas ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, tahun lalu. Katanya, tindakan Tommy Thomas campur tangan dalam fasa demi […]

» Read more

Sedih Dan Kecewa, Dimana Hak Dan Keadilan Buat Adib?

KUALA LUMPUR, 31 Mei – “Sedih dan kecewa. Itulah perasaan saya. Dimana hak dan keadilan buat Allahyarham Adib sehingga hari ini? Itulah luahan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berhubung perkembangan terkini inkues anggota bomba, Mohd Adib Mohd Kassim yang terkorban akibat kecederaan parah ketika bertugas pada penghujung tahun lalu. Katanya, kes sudah sampai di penghujungnya. “Adakah Pejabat […]

» Read more

Utamakan Keadilan, Perkembangan Inkues Adib Timbulkan Pelbagai Tanggapan – Peguam

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Pengamal Undang-Undang tempatan, Adnan Seman melihat perkembangan mutakhir berhubung inkues kematian Allahyarham Mohd Adib Mohd Kassim menimbulkan pelbagai tanggapan dan pada masa yang sama ia juga cukup mengejutkan. Ini kerana katanya di penghujung inkues, peguam Syazlin Mansor telah menarik diri dan apa yang dipersoalkan adalah kenapakah soal pelantikan beliau sebagai peguam KPKT serta Jabatan Bomba […]

» Read more

Madrasah Ramadan: Peluang Hanya Sekali

SEPULUH terakhir Ramadan Al-Mubarak adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di mukhayyam tarbawi Ramadan bagi menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf, bertilawah, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada […]

» Read more

WCE Komitmen BN, Jangan Sesiapa Tuntut ‘Kredit’

BAGAN DATUK 31 Mei – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap tiada pihak yang menuntut ‘kredit’ daripada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang akan dibuka hari ini. Menurut beliau, projek berkenaan merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilaksanakan semata-mata demi kepentingan rakyat. Beliau berkata, WCE dilaksanakan atas permintaan daripada orang ramai khususnya masyarakat […]

» Read more

Inkues Kematian Adib: Kewibawaan Tommy Terus Dipertikai

KUALA LUMPUR 31 Mei – Pelbagai pihak terkejut dengan berita arahan penarikan diri peguam Syazlin Mansor dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim sehingga menimbulkan tanda tanya adakah nasib penjawat awam itu akan terbela. Penjelasan Peguam Negara, Tommy Thomas bahawa wujud konflik apabila Syazlin bersetuju mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan masa sama turut mewakili keluarga […]

» Read more

Laporan Malaysiakini Tidak Benar, Berniat Jahat Dan Fitnah – Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menuntut agar Malaysiakini menurunkan serta merta berita bertajuk ‘Mat Hasan Dalang Mahu Singkir Zahid, Najib’ kerana kandungannya tidak benar dan fitnah sama sekali. Malaysiakini menerusi laporannya bertarikh 30 Mei 2019 yang memetik Straits Times kononnya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Khaled sedang melobi pindaan Perlembagaan UMNO yang […]

» Read more

Inkues Arwah Adib, AG Gagal Jalankan Tugas – Shahril Sufian

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata penarikan diri peguam Syazlin Mansor daripada mewakili tiga pihak dalam prosiding inkues siasatan kematian Allahyarham Muhammad Adib iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga Allahyarham Muhammad Adib menimbulkan pelbagai persoalan. Menurut beliau empat sebab yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, […]

» Read more

Khaled Bidas ADUN Dap… Bangsa Malaysia Citra Dap Tolak Sistem Pendidikan Kebangsaan?

JOHOR BAHRU, 30 Mei – Dasar kebudayaan apa yang akan menzahirkan Bangsa Malaysia citra Dap apabila pendirian Dap secara tidak langsung menolak sistem pendidikan kebangsaan dengan memperjuangkan pengiktirafan UEC, bidas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Dap, Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusuf. Katanya, lihat sahaja bagaimana Dap […]

» Read more

Konspirasi Sulit Membersihkan Darah Daripada Tangan Pembunuh Adib?

Isnin lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pengunduran peguam Nor Syazlin Mansor daripada inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pegawai penyelamat yang terkorban akibat daripada kecederaaan yang dialaminya pada 27hb November 2019 semasa rusuhan di perkarangan luar kuil Sri Maha Mariaman di Seafield, Subang Jaya. Syazlin, dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mewakili KPKT […]

» Read more
1 2,218 2,219 2,220 2,221 2,222 2,441