Isu TH: Kenapa Mujahid Menyepi… – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sehingga hari ini menyepikan diri selain hanya menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkaitan isu Tabung Haji (TH) .

Terdahulu Dr Asyraf Wajdi telah memohon penjelasan Mujahid berkaitan pelbagai isu TH termasuklah penjualan aset tanah ladang milik Tabung Haji Plantation (THP) dan juga polemik borang rayuan haji yang mengelirukan, malah beliau telah mempelawa Mujahid untuk berdialog mengenai isu-isu TH.

“Sehingga hari ini YB Dr Mujahid Yusof Rawa menyepikan diri selain hanya menuding jari kepada Kerajaan BN terdahulu. Kalau takut untuk berdialog secara ilmiah dan beradab, eloklah tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai status TH,” katanya dalam kenyataan pendek menerusi Facebooknya hari ini.

Tegas beliau lagi, rakyat berhak tahu kebenarannya?

“Bukankah RCI juga terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH)?” soal beliau lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.