Berita Palsu Koronavirus Isu Kecil, Kenapa Menteri Pelancongan Tidak Ditahan?

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menimbulkan persoalan mengapa Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi tidak ditahan pihak berkuasa kerana menyebarkan berita palsu.

Ini kerana katanya, rentetan kes seorang individu telah ditahan oleh pihak polis manakala tiga lagi sedang diburu kerana menyebar berita palsu mengenai koronavirus.

“Tetapi bukankah Menteri Pelancongan Mohamaddin Ketapi juga membawa berita palsu.

“Dia dakwa koronavirus adalah “perkara kecil”. Itukan berita palsu. Kenapa dia tidak ditahan. Itu level menteri yang bercakap.

“Itu perkara kecil apa. 106 orang telah mati. 4,000 orang telah dijangkiti. Amerika, Jepun dan Australia siap hantar kapal terbang untuk evakuasi rakyatnya yang ada di Wuhan,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Di negara ini pula katanya, setelah rakyat bising melalui media sosial barulah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu menggantung ‘visa on arrival’, kemudahan tanpa visa, e-visa dan visa manual untuk pelancong dari wilayah Hubei.

“Tidakkah itu bukti bahawa akhirnya kerajaan mengakui koronavirus bukan perkara kecil? Tanyanya lagi.

Begitu juga tambahnya, kenyataan Penasihat Dap Lim Kit Siang yang gila talak mengenai ‘fake news’ yang berkata isu koronavirus adalah peluang terbaik untuk memerangi berita palsu.

“Kalau begitu tangkaplah dulu anaknya Lim Guan Eng.

“Dia membawa berita palsu di dalam Dewan Rakyat kononnya duit GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang patut dipulangkan telah dicuri oleh BN (Barisan Nasional).

“Jangankan ditangkap, hadapkan anaknya ke ‘select committee’ parlimen pun tidak,” bidasnya lagi.

Justeru katanya adalah amat wajar kerajaan PH dihukum sekali lagi dalam siri-siri Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana merekalah penyebar berita palsu seperti janji ‘hapuskan tol’. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.