Dap Jangan Gertak, Keluarlah Segera Dari Kerajaan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Timbalan Setiausaha Agung Dap, Nga Kor Ming dan parti itu disaran agar segera keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka tidak perlu gertak sahaja sebaliknya keluar awal-awal daripada kerajaan pentadbiran PH.

“Pemuda mendesak Kor Ming yang secara angkuhnya dalam kenyataan iaitu Dap bersedia keluar dari PH sekiranya UEC tidak diluluskan oleh kerajaan. Pemuda secara sepakat menyarankan Kor Ming dan Dap keluar awal-awal dan segera keluar dan jangan gertak saja.

“Kalau mereka (Dap) anak jantan dan kononnya benar-benar ingin menjuarai satu kaum saja dan tak melihat konteks Malaysia yang lebih luas, saya rasa dengan sifat cauvinis dan rasis yang berterusan ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Tambah Asyraf hari ini laporan akhbar yang buat sedutan temuramah dan wawancara Kor Ming ini cukup rasis sekali dalam bahasa mandarin dan bahasa Cina dia.

“Beliau menakut-nakutkan kaum Cina sekiranya penggabungan UMNO–PAS menjadi kerajaan seolah-olah kaum Cina berhadapan dengan suatu musibah besar dan jangan mengharapkan MCA boleh menggantikan tempat Dap dengan berkesan.

“Ini adalah satu wawancara yang amat rasis sekali dan ini menzahirkan betapa rasis dan cauvinis Dap yang kononnya di uar-uarkan sebagai parti ‘multi racial’,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.