UMNO Ikhlas Dalam Kerjasama, Tak Akan Khianati PAS

TAMBUN, 7 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO ikhlas dalam menjalinkan kerjasama dengan PAS. Jelasnya, jalinan hubungan akrab antara UMNO dan PAS ini amat ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat dan hubungan ikhlas yang terjalin antara dua parti terbesar orang Melayu ini telah menyebabkan Pakatan Harapan (PH) menjadi risau. “Kalau PAS ikhlas dengan kita maka […]

» Read more

Selesai Perpecahan Dalaman UMNO, Elak Beri Kesan Usaha Penyatuan Ummah

PULAU PINANG 7 Julai – Agenda penyatuan ummah yang digerakkan antara UMNO dan Pas ketika ini tidak akan memberi makna sekiranya masih terdapat perpecahan dalam kalangan ahli UMNO sendiri khususnya di peringkat bahagian dan cawangan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perpecahan itu hanya akan dinilai parti lawan sebagai kegagalan kepada usaha kerjasama lebih besar antara UMNO […]

» Read more

Jangan Leka Dengan Buaian Mimpi -Tok Mat

REMBAU 7 Julai – Semua ahli UMNO diingatkan supaya tidak leka dengan buaian mimpi yang diada-adakan bertujuan melalaikan dan mengalih tumpuan mereka daripada matlamat dan perjuangan parti itu. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mereka perlu bersiap sedia mulai sekarang dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbuat demikian. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, perkembangan […]

» Read more

Tun M: UMNO Sertai PPBM Satu Tindakan Terdesak

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menekankan bahawa kekuatan gabungan UMNO-PAS melalui ‘Perpaduan Ummah’ dan permuafakatan antara dua parti dilihat telah menggerunkan Pakatan Harapan (PH). Katanya, apabila semakin hari ikatan Perpaduan Ummah semakin erat, hari ini Perdana Menteri telah menyeru ahli UMNO dan Melayu sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). “Saya setuju perpecahan […]

» Read more

Pengundi Umur 18 Tahun Satu Cabaran Besar Buat Pemuda, Puteri UMNO – Dr Shamsul

LENGGONG, 7 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jika cadangan UMNO, PAS dan GPS Sarawak supaya setiap rakyat telah berumur 18 tahun didaftar secara automatik selaras penurunan umur layak mengundi maka ia akan menjadi cabaran besar buat Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO. Jelas beliau jika cadangan itu diterima di Dewan Rakyat sudah pasti UMNO terutama […]

» Read more

PH Kerajaan Yang Gagal… Rakyat Makin Terabai – Ismail Sabri

SUNGAI PETANI, 6 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan peristiwa hitam melanda UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 ada hikmahnya. Katanya, sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara banyak jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh pemimpin BN terhadap kebajikan rakyat, namun selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih habis aset negara dijualnya dan memberikan pelbagai […]

» Read more

Hentikan Sandiwara Penyatuan Ummah Melayu Demi Serakah Kuasa – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Makin gawat nampaknya politik dalaman Pakatan Harapan (PH) sehinggakan Tun Mahathir begitu terdesak merayu parti-parti Melayu menyertai PPBM atas nama penyatuan Melayu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Ironinya, bidas beliau, orang yang mengajak Melayu bersatu ini jugalah yang bertanggungjawab terhadap beberapa peristiwa perpecahan orang Melayu. “Justeri cukup-cukuplah bersandiwara atas […]

» Read more

Sekretariat Suara Rakyat Mahu Isu Rakyat Dibela

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sekretariat Suara Rakyat hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan pandangan terhadap beberapa isu yang berlaku dalam negara. Berdepan di pekarangan Kompleks Sogo, Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam dengan lantang mencungkil beberapa isu antaranya LGBT, isu yang melibatkan kontroversi video yang dikatakan melibatkan pimpinan kerajaan serta ‘Rule Of Law’ yang menimbulkan kesangsian. […]

» Read more

Tak Terkejut Pelawa Sertai PPBM… UMNO Akan Kekal UMNO – Khaled

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau tidak akan terkejut kalau ada mana-mana parti politik mahu bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO adalah parti terbesar orang Melayu. Jadi, katanya, adalah logik dan praktikal untuk bekerjasama dengan UMNO dalam menguruskan Malaysia. “Malah, inilah yang UMNO dan PAS sedang lakukan. Bezanya, di bawah agenda penyatuan […]

» Read more

Kenal Musuh Sebenar, Terus Kekalkan Kerjasama UMNO-PAS

SUNGAI PETANI, 6 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan sebenarnya Pakatan Harapan (PH) berusaha hendak menggagalkan kerjasama antara UMNO dan PAS. Tegas beliau, kita seharusnya sudah tahu dan kenal musuh sebenar UMNO yang hanya mahu memporak-perandakan parti UMNO. Ini kerana katanya, walaupun PH sudah menjadi kerajaan namun mereka tetap menabur fitnah terhadap UMNO dan PAS. […]

» Read more
1 2,195 2,196 2,197 2,198 2,199 2,441