Dong Zong Mula Susun Strategi, Kerajaan Baharu Tidak Perlu Tunduk – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berharap kerajaan baharu tidak perlu tunduk dengan tuntutan Dong Zong dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan masalah yang timbul secara baik.

Menurut beliau sepanjang 21 bulan yang lepas umumnya sudah dapat lihat sifat sebenar pertubuhan rasis ini yang menentang dasar pendidikan negara dengan begitu radikal sekali.

“Antara isu yang menjadi tuntutan Dong Zong adalah pengiktirafan UEC dan menentang tulisan jawi. Itulah agenda rasis dan memecah belahkan negara.

“Mereka inilah menjadi penghalang kepada perpaduan negara. Dong Zong juga tidak menghormati kontrak sosial yang telah dipersetujui,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Najmil, kabinet masih belum terbentuk lagi tetapi Dong Zong sudah mula menyusun langkah.

“Saya masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Dong Zong wajib diharamkan.

“Selagi pertubuhan ini masih wujud dan berkuasa selagi itulah kita gagal melaksana agenda integrasi nasional,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.