Laporan WHO Buktikan Negara Cemerlang Menguruskan Krisis COVID-19 – Zahida

KUALA LUMPUR, 14 April – Laporan World Health Organization (WHO) menunjukkan  kerajaan Malaysia berjaya mengawal serta mengurus krisis wabak COVID-19 yang melanda negara dengan baik. Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata contoh mudah yang dapat dilihat adalah negara jiran Filipina yang jumlah kesnya tidak jauh beza dengan Malaysia, tapi jumlah kematian, kematian baru yang lebih rendah dan jumlah […]

» Read more

Sheikh Umar Lebih Utamakan Soal Isytihar Harta Daripada Kebajikan Rakyat Terjejas COVID-19? – Hairi

KUALA LUMPUR, 14 April – Dalam keadaan negara ketika ini sedang berdepan dengan wabak berbahaya COVID-19, masih ada suara-suara sumbang termasuklah Ketua Pemuda Dap Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang dilihat lebih mengutamakan soal berpolitik ketika negara berjuang mengekang penularan pandemik itu. Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah tindakan beliau yang mempersoalkan janji isytihar harta oleh […]

» Read more

Kerajaan Kuat Kuasa Skim Harga Maksimum PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 14 April – Kerajaan akan menguatkuasakan Skim Harga Maksimum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok sehingga 28 April, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata skim itu akan memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal, seperti ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung. “Perincian mekanisme Skim Harga Maksimum […]

» Read more

Penularan Berita Palsu Tidak Beretika, Timbulkan Kebimbangan Masyarakat – Jazlan

MACHANG, 14 April – Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub melihat penularan berita-berita palsu sepanjang wabak COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia hari ini merupakan satu perbuatan yang tidak beretika malah boleh menimbulkan kekhuatiran kepada masyarakat setempat. Justeru beliau mengajak rakyat khususnya di kawasan Machang agar tidak mudah terpengaruh dan pada masa yang sama tidak melakukan perbuatan yang […]

» Read more

Lanjutan PKP : Kerajaan Patut Pertimbang Bantuan Tambahan Kepada Peniaga Kecil Dan Pekerja Sambilan Harian – Fairuz

KUALA LUMPUR,14 April – Apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, apakah nasib peniaga kecil dan pekerja sambilan harian. Adakah dapur mereka akan terus berasap atau mereka terpaksa mengalas perut dengan nasi dan garam. Inilah sebahagian persoalan yang sering saya fikirkan di musim PKP ini. Meskipun pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan melalui Pakej Bantuan Prihatin Nasional (BPN), namun ia hanyalah […]

» Read more

Berhenti Dulu Berpolitik, Tabur Fitnah… Mari Bersama Tangani COVID-19 – Abas

KUALA LUMPUR, 14 April – “Musuh kita sekarang adalah COVID-19, jadi berhentilah berpolitik. Cukup-cukuplah buat fitnah. Sekarang bukan masa untuk berpolitik. Selepas wabak pandemik ini dapat kita atasi, baru kita sambung semula berpolitik,” ujar Ketua UMNO bahagian Batu Datuk Yahaya @ Abas Mat Ghani. Beliau melahirkan rasa kekesalan apabila ada pihak yang masih cuba menabur fitnah sehinggakan sanggup menganjurkan pertandingan […]

» Read more

Pasca COVID-19 : Ukur Semula Kemiskinan Dan Ketidakseimbangan Dalam Masyarakat

KUALA LUMPUR, 14 APRIL – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mencadangkan agar kerajaan menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) untuk mengukur semula kemiskinan dan ketidakseimbangan dalam masyarakat selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan negara kembali pulih daripada COVID-19. Ini kerana pada pandangan beliau banyak lagi golongan yang terlepas pandang dan pada masa yang sama selain […]

» Read more

Kalau Berada Di ‘Frontliner’, Baru Kamu Tahu Erti Syukur Dapat Duduk Rumah – Dr. Asyikin

KUALA LUMPUR, 13 April, – “Yang dapat duduk di rumah patutnya bersyukur, memang bukan senang untuk kami ‘frontliner’. Sebenarnya sangat sedih bila ada masyarakat yang tidak faham dengan saranan kerajaan untuk duduk di rumah. Kalau anda ada ditempat kami baru anda akan faham dan bersyukur dapat duduk di rumah,” luah pengamal perubatan Doktor Nurul Asyikin Abdul Hamid yang bertugas di […]

» Read more

Pemuda UMNO Sambut Baik Kerajaan Ambil Kira Maslahah Lebih Besar – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR,13 April – Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kerajaan yang tidak meneruskan hasrat membenarkan kedai gunting rambut dan cermin mata untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah tersebut merupakan keputusan yang baik bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. “Moga kerajaan terus mendengar nasihat pakar dan keluhan suara hati rakyat. Tiada […]

» Read more

BR1M, BSH Dan BPN : Perbandingan Dan Realiti Sebenar – Shabery

KUALA LUMPUR, 13 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat perbandingan antara Bantuan Rakyat 1Malaysia, (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Baginya BR1M yang diperkenalkan sebelum BSH mempunyai tiga fungsi yang besar antaranya menjadi platform data untuk mengenal pasti siapa yang layak diberi bantuan dan jumlah bantuan ditentukan mengikut keperluan semasa […]

» Read more
1 … 2,163 2,164 2,165 2,166 2,167 … 2,526