Malaysia Negara ASEAN Terbaik Menentang Wabak COVID-19

ALHAMDULLILLAH Allah SWT menghantar seorang hamba Allah tepat pada masanya untuk menjadi Menteri Kesihatan. Dr. Adham Baba tidak menduga dilantik seorang menteri. Apatah lagi sebagai Menteri Kesihatan. Bersama Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan, mereka setakat hari ini telah membuktikan kepada negara-negara ASEAN dan dunia bahawa negara Malaysia – adalah negara terbaik menguruskan wabak COVID-19 ini. Hari ini, 15 April […]

» Read more

PKP Fasa 3: Rakyat Mesti Ambil Serius, Lebih Berdisiplin

KUALA LUMPUR, 16 APRIL – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Edzuan Jamaludin berkata pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut rakyat perlu terus kuat dan berdisiplin untuk mengharunginya. Menurutnya, fasa sebelum ini yang telah ditempuh selama empat minggu sewajarnya menjadikan masyarakat lebih mematuhinya. “Namun persoalannya… apakah selama empat minggu ini, seluruh rakyat Malaysia mengambil serius dan berdisiplin dalam mematuhi arahan […]

» Read more

COVID-19: Kes Menurun Kepada Dua Angka, Terus Patuhi PKP

KUALA LUMPUR, 16 April – Selepas hampir sebulan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, usaha yang dilakukan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 mula menampakkan hasil positif. Semalam, “Jeneral Perang” – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes positif harian mula menurun kepada dua angka, iaitu 85 kes semalam berbanding tiga angka pada […]

» Read more

Lanjutan PKP Bergantung Pada Nasihat KKM – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 15 April – Keputusan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai pelanjutan PKP sehingga Jun merupakan pandangan peribadi beliau. Ini berdasarkan laporan polis yang menunjukkan tahap ketidakpatuhan […]

» Read more

13 Akademi Penjara Diwarta Pusat Tahanan Pesalah PKP

PUTRAJAYA, 15 April – Kerajaan memutuskan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan bagi pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara sehingga jarak sosial tidak dapat dilaksanakan. “Oleh kerana kita mempunyai 13 akademi penjara yang kita tukarkan kepada […]

» Read more

Semua Pemimpin Sabah Tanpa Mengira Parti Politik Harus Bersatu Tangani Wabak COVID-19 – Bung Mokhtar

KOTA KINABALU, 15 April – Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru kepimpinan dan semua ahli UMNO negeri itu agar bersatu dalam apa juga bentuk tindakan dan gerak kerja bagi menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Jelas beliau, kesepakatan dalam menambah keupayaan amat diperlukan ketika ini dalam usaha mencari jalan penyelesaian dan bantuan yang lebih baik, […]

» Read more

Bantuan PKP: Jangan Tamak, Ingat Jiran Lain Yang Masih Belum Dapat – Sahrihan

KUALA LUMPUR, 15 April – Jangan tamak, ingat jiran lain yang masih belum dapat bantuan… Itu pesan pemerhati politik Sahrihan Jani kepada orang ramai. Jelas beliau, tidak dinafikan ramai yang kehidupan mereka terhimpit kerana Perintah kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal wabak pandemic COVID-19 ini namun itu bukan bermakna orang ramai boleh bersikap tamak. “Kehidupan rakyat terjejas secara keseluruhan, fakta ini […]

» Read more

Pemimpin PH, Belajar Sedar Diri!

TERLEBIH dahulu saya meminta maaf kerana menulis berkenaan ini, bukan tidak sensitif kepada keadaan, namun ada perkara penting yang perlu dijawab agar ada kefahamam serta rakyat dapat dibela sebaiknya semasa dan selepas wabak Corona Virus ini berlalu pergi. Pada 5 Jun 2019, Tun Mahathir membantah Manifesto PH, Manisfesto yang dicipta sendiri oleh mereka. Tun kata, mereka yang telah bekerja kuat […]

» Read more

Tiga Sektor Ekonomi Dibenarkan Kembali Beroperasi, Pemuda UMNO Suarakan Kebimbangan

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyuarakan kebimbangan serta kewajaran Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengisytiharkan kebenaran tiga sektor ekonomi untuk kembali beroperasi menimbulkan persoalan. Ini kerana katanya negara masih bergelut memastikan rantaian wabak virus COVID-19 diputuskan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Tiga. “Apakah benar dakwaan memanfaatkan […]

» Read more

Fasa Ketiga PKP Bermula, Tuntut Komitmen Lebih Jitu Rakyat

KUALA LUMPUR, 15 April – Hari ini bermulanya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini. Sudah 29 hari sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan rakyat perlu terus kuat dan berdisiplin untuk melalui tempoh PKP fasa ketiga, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan minggu depan yang […]

» Read more
1 … 2,162 2,163 2,164 2,165 2,166 … 2,526