Laporan WHO Buktikan Negara Cemerlang Menguruskan Krisis COVID-19 – Zahida

KUALA LUMPUR, 14 April – Laporan World Health Organization (WHO) menunjukkan  kerajaan Malaysia berjaya mengawal serta mengurus krisis wabak COVID-19 yang melanda negara dengan baik.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata contoh mudah yang dapat dilihat adalah negara jiran Filipina yang jumlah kesnya tidak jauh beza dengan Malaysia, tapi jumlah kematian, kematian baru yang lebih rendah dan jumlah sembuh jauh lebih tinggi.

Menurut beliau ada juga yang komen mengatakan negara perlu belajar daripada negara Laos yang hanya ada 19 jumlah kes COVID-19, namun mereka mungkin terlepas pandang Laos bukanlah negara kaya dan rakyatnya tidak sepertimana rakyat Malaysia sentiasa sibuk di ‘airport’ untuk keluar masuk negara.

“Sama juga dengan Myanmar yang hanya 41 jumlah kes, antara sebabnya mungkin negara itu bukanlah tumpuan pelancong terutamanya daripada China. Jadi sebagai kesimpulan, laporan ini menunjukkan betapa kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Perikatan Nasional berjaya mengawal,mengurus krisis ini dengan baik. Benarlah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Ini adalah hasil kerja keras dan pengorbanan para ‘frontliner’ seperti warga Kementerian Kesihatan Malaysia, pasukan keselamatan seperti PDRM,ATM,RELA,JPAM,Imigresen dan lain-lain yang bersengkang mata bertugas menguatkuasakan PKP.

“Kredit juga harus kita berikan kepada para pemimpin negara daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri Kesihatan dan semua yang bertungkus lumus memastikan keselamatan rakyat terjamin,” katanya menerusi catatan facebook.

Tambah Zahida lagi hari ini 14 April bermulalah fasa ke 3 PKP sehingga 28 April 2020 dan apa yang penting rakyat  terus patuh arahan pihak berkuasa, kekal berada di rumah, jaga kebersihan, jaga penjarakan sosial, serta jangan berhimpun.

“Teruslah beri semangat kepada ‘frontliner’ dan berdoa agar kita akan pulih sepenuhnya tak lama lagi. Hanya dengan kerjasama kita semua jugalah dapat membantu pihak kerajaan memerangi musuh tidak kelihatan ini. Kalau bukan kita siapa lagi,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.