Salahuddin Syok Sendiri Rasa Harga Barang Murah

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan menyeru kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub supaya jangan mengeluarkan kenyataan syok sendiri yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat yang merasai keperitan hakikat sebenar harga barang yang melambung dan semakin tidak terkawal. Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Salahuddin yang menyebut di […]

» Read more

Ideologi Ekstremis Akan Berkembang Jika SOSMA Dimansuhkan – Dr. Najmil

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menimbulkan persoalan adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyokong dan menggalakkan perkembangan ekstremis dan radikalisasi dengan berusaha untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Tegasnya, jika tiada akta kawalan tersebut, keselamatan dan kedaulatan negara terus terancam. “Apa yang jelas ialah SOSMA kekal relevan […]

» Read more

PH Perlu Utamakan Kestabilan Negara, Bukan Masa ‘Politiking’ – Annuar

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menekankan bahawa kestabilan politik dan kemakmuran negara lebih utama berbanding ‘politiking’ yang akan memberi kesan kepada masa hadapan. Katanya, Pakatan Harapan (PH) perlu duduk berbincang sesama mereka untuk memastikan masa depan negara yang lebih baik. “Apa yang penting bagi saya adalah kestabilan politik, dan polemik berkaitan peralihan kuasa […]

» Read more

Salah Guna AMLA Bagi Politik Balas Dendam

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggunakan Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001), adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip keadilan manusiawi. Ini merupakan satu tindakan bermotif penindasan politik dan balas […]

» Read more

PM Perlu Pantau Gelagat Ahli Parlimen Termasuk Menteri Dan Timbalan

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba melahirkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku pada sidang parlimen sesi perbahasan Belanjawan 2020 apabila isu ketiadaan menteri atau timbalan terus menjadi bualan yang tidak seharusnya berlaku. Serentak itu, beliau menggesa agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memandang serius soal berkenaan dan melihat telatah dan gelagat Ahli […]

» Read more

Sikap Pimpinan PH Tangani Isu Membimbangkan – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan kebimbangan terhadap sikap pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu hari ini. Ini kerana katanya, nampak kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu kebiadapan graduan Wong Yan Ke yang menunjukkan protes di pentas konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini. “Apakah sikap biadap, tidak menghormati majlis, […]

» Read more

Komik Propaganda: Bahaya Doktrin Melampau Libatkan Anak-anak Sekolah

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohamad Azmi Amir Husin terkilan dengan pengedaran buku komik propaganda yang kini tersebar meluas di sekolah-sekolah. Jelas beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah cukup membuktikan bahawa ada dari kalangan pihak Dap cuba mempergunakan nama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kepentingan politik melampau mereka (Dap). “Penafian daripada pejabat […]

» Read more

Jentera Media Sosial Perlu Selangkah Ke Depan Kenali isu – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, jentera media sosial UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu selangkah ke hadapan menjangka tindakan musuh politik. Jelas beliau, ini penting dalam memastikan gerak kerja berkesan demi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti. “Kita kena mendahului, menjangkau dan menjangka apa yang musuh politik akan buat. […]

» Read more

Bajet 2020 Kedah Hanya Rejuvenasi Perancangan Kerajaan Lalu

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bajet 2020 Kedah yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunjukkan bahawa kepimpinan negeri tidak melakukan ‘homework’ teliti tentang ‘demographic’ dan sosio ekonomi penduduk Kedah. Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri berkata bajet itu juga hanya setakat rejuvenasi bajet-bajet yang pernah dibentangkan sebelum ini, cuma untuk menampakkan […]

» Read more

Makin Muak, Pemimpin PH Lupa Diri.. Ajak Rakyat Tolak Mereka – Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, disebabkan Pakatan Harapan (PH) terkena kejutan budaya kerana telah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) maka ramai pemimpin mereka mula lupa diri. Jelas beliau, ini jelas dapat dilihat daripada cara kepimpinan mereka angkuh dan mengundang rasa benci rakyat. “Kita lihat sahaja Khalid (Menteri Wilayah Persekutuan, […]

» Read more
1 2,111 2,112 2,113 2,114 2,115 2,419