Lapor Polis Hina Jata Negara: Puteri UMNO, KIMMA, MCA, MIC, Ameerah PAS Mahu Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Puteri UMNO Malaysia bersama-sama Kimma, MCA, MIC dan Ameerah PAS telah membuat laporan polis berkenaan isu penghinaan pada Jata Negara.

Dalam kenyataan bersama, kumpulan ini mahu agar PDRM bertindak tegas terhadap mereka yang biadap cuba menghasut dan merosakkan keharmonian negara.

“Kami juga percaya kumpulan ini mendapat sokongan daripada ekstrimis Dap ketika mereka di Putrajaya dahulu.

“Sama sama kita pelihara kestabilan dan keharmonian negara, jangan beri peluang kepada perosak seperti mereka,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial pengguna berkongsi satu pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books di pautan [https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3961434060565004&id=597490066959437] yang mengiklankan sebuah buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” (ISBN : 9789672165811) disunting oleh penulis, Kean Wong yang mana mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.