Tiada Maaf Bagi Kesalahan Berulang Menghina Negara – Puteri UMNO Johor

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor menggesa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas, bukan hanya sekadar membuat serbuan kemudian tiada tindakan susulan.

Katanya Ketuanya, Nur Ain A. Rahman, majoriti rakyat mahu melihat keseriusan kerajaan dalam menangani isu penghinaan kepada negara.

“Walaupun syarikat penerbit telah menyatakan permohonan maaf, ia tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Perkara seumpama ini telah berulang kali berlaku dan ‘golongan pelaku’ ini seakan mencabar undang-undang negara dan tidak pernah serik.

“Cukuplah dengan adegan hina kemudian mohon maaf dan dikira selesai tetapi selepas itu berulang lagi. Negara kita bukan untuk diperkotak-katikkan, kebebasan bersuara yang diberi bukan untuk menghina,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Nur Ain berkata demikian mengulas mengenai tindakan Syarikat Penerbit dan Penulis Buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang menggunakan muka hadapan gambar menyerupai Jata Negara dan diubahsuai.

Tambahnya lagi, gambar yang digunakan secara jelas merupakan penghinaan terhadap Jata Negara yang semua tahu adalah lambang kepada sebuah kerajaan yang merdeka dan menjadi lambang monarki.

Semalam, Puteri UMNO bersama Puteri Kimma, MCA, MIC dan Ameerah PAS turut membuat laporan polis terhadap penulis buku berkenaan, Kean Wong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.- UMNO ONLINE

Oleh: Zylan Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.