Kematian Mohd Adib Perlu Pembelaan, Semoga Rayuan Bapa Allahyarham Disegerakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Rayuan bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan didengar pada 28 Mei 2021.

Sehubungan itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar segala usaha dan perjuangan ayah Allahyarham Muhammad Adib akan disegerakan.

“Semoga segala usaha dan perjuangan ayah arwah wira negara ni dapat disegerakan kerana telah tertangguh sekian lama serta pembelaan atas kematian arwah dapat diberikan keadilan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian menerusi laman facebooknya, hari ini.

Rayuan tersebut adalah berhubung tindakan Mohd Kassim yang memfailkan permohonan ex parte untuk perintah komital terhadap Thomas (bekas peguam negara) kerana didakwa menghina mahkamah apabila memfailkan afidavit dari Pejabat Peguam Negara pada 3 April 2019.

Afidavit itu dilaporkan mendakwa kematian anaknya bukan akibat kecederaan dialami Adib. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.