Usah Ditangguh Hak Undi18 Anak Muda, Hormati Ketetapan Parlimen – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara otomatik sehingga 1 September 2022 seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah amat mengejutkan dan mengecewakan. Demikian kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berpendapat bahawa keputusan SPR ini seolah-olah tidak menghormati Parlimen sebagai badan legislatif tertinggi negara yang […]

» Read more

COVID-19 Malapetaka Ekonomi, PAU 2020 Medan Terbaik Kembalikan Kestabilan Negara – Norliza

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim mengharapkan Perhimpunan Agung UMNO 2020 ini menjadi medan terbaik untuk mendapatkan kaedah tuntas demi mengembalikan kestabilan ekonomi negara yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19. Jelas beliau, wabak ini suatu ujian yang amat berat kerana situasi ini turut memberi kesan besar kepada rakyat terutama apabila membabitkan […]

» Read more

PAU 2020 Nafas Baharu Perjuangkan Masa Depan Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Wanita UMNO Bahagian Shah Alam berharap Perhimpunan Agung 2020 ini memberikan nafas baharu buat parti bagi memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara. Ketuanya, Jumaeah Masdi berkata perhimpunan ini adalah sebagai satu ketetapan pengukuhan parti lebih-lebih lagi bagi memantapkan akar umbi sebagai penentu masa depan parti. “Bagi Wanita UMNO Bahagian Shah Alam, kami menunggu-nunggu untuk […]

» Read more

Pemakluman SPR Undi 18 Mengecewakan, Ada Pindaan Boleh Dilaksana Terlebih Dahulu – Reezal

PUTRAJAYA, 26 Mac – Pemakluman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat petang semalam berkenaan pelaksanaan Undi18 sememangnya mengundang rasa kecewa dan terkilan khususnya khususnya para belia dan anak muda. Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebagai antara orang yang bangun dan mengundi pindaan Perkara 47, Perkara 119 dan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan pada 25 […]

» Read more

PAU 2020 Medium Capai Kata Sepakat, Semarakkan Obor Perjuangan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 kali ini perlu dijadikan sebagai medium untuk semua pendukung parti mencari kata sepakat dan semarakkan lagi obor perjuangan yang telah dinyalakan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Kata Ketua UMNO Bahagian Lipis itu, perhimpunan ini sewajibnya terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta kerturunan Melayu […]

» Read more

Aura Tersendiri UMNO, Kekal Menjadi Tumpuan Rakyat – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – UMNO mempunyai kekuatan yang tersendiri sehinggakan seringkali menjadi tumpuan rakyat meskipun tidak lagi menjadi parti utama dalam kerajaan, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Jelasnya, begitu juga dengan situasi UMNO suatu ketika dahulu sewaktu menjadi pembangkang sehinggakan parti ini masih mendapat tumpuan sama, yang menunjukkan secara jelas bahawa UMNO masih relevan dalam arena […]

» Read more

Menjelang PAU 2020, Pendaftaran Perwakilan Patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sehari menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 membuka tirai, perwakilan UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO mula melakukan pendaftaran hari ini. Bermula pukul 10.00 pagi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula didatangi perwakilan UMNO dari 190 bahagian seluruh negara. Terdahulu, mereka yang tiba di sini diwajibkan mengimbas menggunakan aplikasi MySejahtera untuk tujuan daftar […]

» Read more

Undi 18: Menteri Kata Paling Lewat Julai 2021, SPR Pula Selepas 1 Sept 2022… Penjelasan?

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menimbulkan persoalan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun hadapan. Tegas Ahli Parlimen Pontian itu, ini berlainan dengan apa yang disebut oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk […]

» Read more

PAU 2020: UMNO Wajar Mainkan Peranan Sebagai ‘The Malay Braintrust’ – Khaled

KUALA LUMPUR, 26 Mac – UMNO akan mengadakan perhimpunan agungnya bermula esok setelah pelbagai ulasan, telahan dan komentar tentang apa yang akan berlaku dalam persidangan itu diterbitkan dalam pelbagai saluran media. Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengungkapkan renungan kepada para perwakilan ekoran demikianlah pentingnya UMNO kepada politik dan masa depan Malaysia kerana apa yang akan […]

» Read more

COVID-19 Di Sekolah: Pencerahan Diperlukan Tapi ‘Perutusan Khas’ Masih Tiada, Tegas Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Belum ada sidang khas oleh pihak berwajib bagi memperjelaskan tentang perkembangan yang agak membimbangkan kepada umum berhubung penularan COVID-19 di beberapa sekolah, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam keadaan inilah kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ‘perutusan khas’ amat diperlukan oleh ibu bapa, murid dan guru bagi mendapatkan pencerahan mengenai tahap […]

» Read more
1 … 1,924 1,925 1,926 1,927 1,928 … 2,528