Menteri UMNO Kekal Untuk Pastikan Usaha Tangani COVID-19, Pulihkan Ekonomi Dilaksana Dengan Baik

PUTRAJAYA, 31 Mac – Menteri-menteri daripada UMNO kekal dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan pengurusan menangani COVID-19 serta usaha memulihkan ekonomi dilaksanakan dengan baik, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Ahli Parlimen Tenggara itu berkata menteri-menteri daripada UMNO bertekad untuk bersama-sama kerajaan sekarang bagi memastikan semua usaha yang telah digariskan dapat dilaksanakan dengan jayanya. “Kita (UMNO) […]

» Read more

Hormati Keputusan PAU 2020, Pertikaian Tak Membawa Faedah – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memohon ahli parti untuk menghormati keputusan yang dilakukan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung baru-baru ini. Katanya, sebarang pertikaian tidak seharusnya terjadi kerana ianya tidak memberikan faedah kepada masa hadapan parti. “Janganlah kita teruskan mempertikaikan satu sama lain membuat lagi keretakan kerana jika ini berterusan […]

» Read more

Letak Jawatan: UMNO Fikir Semua Sudut Sebelum Tetap Tarikh – Shahril

KUALA LUMPUR, 31 Mac – UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum menetapkan tarikh bagi wakil parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya Shahril Sufian Hamdan. “Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik?. Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk UMNO tapi ada kesannya kepada rakyat. Jadi UMNO kena juga memikirkan perkara […]

» Read more

Isu LKM: PDRM Dan JPJ Perlu Diselaraskan Arahan, Agar Tiada Kekeliruan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi berharap agar kerajaan menasihatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya sebelum melakukan sesuatu pengumuman hendaklah berbincang terlebih dahulu sesama sendiri. Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, adalah lebih baik diselarikan arahan supaya tidak mengelirukan orang awam dalam penguatkuasaan kerana dalam […]

» Read more

Pemilihan UMNO Sebelum PRU15 Boleh Cetus Keretakan, Pecah-Belah Parti – Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan UMNO dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan tunggu pemilihan […]

» Read more

PKPB Di Lima Negeri Dan Wilayah Persekutuan K.Lumpur Kekal, Rentas Negeri Masih Dilarang

KUALA LUMPUR, 30 Mac  – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengekalan status berkenaan di Sarawak bermula  30 Mac hingga 12 April manakala di lima negeri lagi  bermula Khamis […]

» Read more

Ahli Majlis PBT Perlu Ada Asas Perundangan – Hasni

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Ahli Majlis yang dilantik di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor perlu mempunyai asas perundangan yang jelas dalam memastikan setiap perancangan dan dasar PBT berada pada landasan yang betul. Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata justeru itu ahli majlis perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan dan kefahaman berkaitan tugasan daripada aspek perundangan supaya […]

» Read more

Sidang Alternatif Sekali Lagi Disuarakan Imran, Pastikan Inisiatif Sampai Sasaran

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Hari ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah melaksanakan Sesi Libat Urus antara Adun Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Serentak itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menggesa agar Dewan Negeri Selangor (DUN) juga segera adakan sesi seumpamanya. “Langkah berkenaan supaya kita dapat sama-sama memastikan rancangan kerajaan bukan syok sendiri […]

» Read more

Afif, Siapa Sebenarnya Yang Dangkal Dan Tidak Bertanggungjawab?

Kenyataan YB Afif Bahardin bahawa ucapan Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Perhimpunan Agung UMNO semalam bersifat dangkal dan tidak bertanggungjawab mencerminkan betapa terpisahnya daripada realiti di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kedudukan sebenar daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Seperti boss beliau, tampaknya Afif lebih suka menggunakan statistik secara selective untuk mengelirukan orang ramai. Seperti dilaporkan UNCTAD, […]

» Read more

UMNO Terbuka Kerjasama Dengan Mana-Mana Parti Selepas PRU15 – Tajuddin

KUALA LANGAT, 29 Mac – UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Beliau berkata buat masa ini parti itu muktamad tidak akan berunding untuk bekerjasama dengan PKR, DAP, dan Bersatu untuk mendepani PRU-15. “…selepas PRU-15 kita tengok bagaimana […]

» Read more
1 … 1,915 1,916 1,917 1,918 1,919 … 2,528