Dap Tukang Karut Kepada Wayang Kulit Kerajaan PH

SEMENYIH, 1 Mac – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) adalah merupakan sebuah kerajaan yang longgar, kerajaan yang tidak berteraskan akar tunjang yang baik yang boleh membuatkan orang Melayu, Bumiputera Islam berasa selamat. Jelas beliau, orang Melayu Islam kini berasa kehilangan dan gelisah sejak PH mentadbir negara. “Sejak 10 bulan […]

» Read more

Sejak Bila Seru Perpaduan Melayu, Islam Dianggap Satu Kesalahan, Perkauman? – Tok Mat

SEMENYIH, 1 Mac – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan mengapa setiap kali bercakap berkaitan Melayu dan Islam akan dituduh rasis. Jelas beliau, adakah Malaysia baru yang dikatakan membuka pintu kepada semua kebebasan, tiba-tiba mengklasifikasikan sekiranya bercakap kepada menyeru ke arah kebaikan, bercakap kepada penyatuan orang Melayu dan orang Islam kembali semula ke pangkal jalan agar […]

» Read more

Kemuncak Kempen Ribuan Hadiri Ceramah Perdana UMNO Dan Pas

SEMENYIH, 28 Feb – Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki sehari lagi untuk berkempen, UMNO dan Pas sekali lagi sepentas di ceramah perdana yang diadakan di Taman Sri Putra. Seawal pukul 7.00 malam, jalan masuk ke taman ini telah mula sesak. Ramai yang ingin hadir awal bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk menjelang pukul […]

» Read more

Jom Ikuti Ceramah Perdana BN-PAS Malam Ini, Bersama Tok Mat Hasan Dan Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Bermula hari penamaan calon pada 16 Februari lalu, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam 1 Mac di mana 53,520 pengundi biasa berdaftar (951 pengundi awal) di kawasan tersebut akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka pada keesokannya, 2 Mac. Barisan Nasional (BN) yang dibantu […]

» Read more

Blok Pembangkang Harus Kuat Bagi Menentang PH Yang Bertulangbelakangkan Dap

SEMENYIH, 28 Feb – Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor, Dr. Mohd Zamri Zainuldin berkata, semak dan imbang amat penting untuk mewujudkan blok pembangkang yang kuat bagi menghalang ketidakbetulan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan yang bertulangbelakangkan Dap. Jelas beliau, kerana itulah semua pengundi khususnya ahli UMNO dan PAS harus keluar mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih […]

» Read more

PRK Proses Biasa… Cuma Jangan Salah Pilih Pemimpin Supaya Tak Tertipu Dua Kali – Pengundi

SEMENYIH, 28 Feb –  Penduduk Pekan Semenyih melihat Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan bukanlah perkara yang luar biasa malah ianya sama sepertimana Pilihan Raya Umum (PRU) kerana tugas pengundi adalah sama iaitu memilih seorang wakil rakyat. Namun begitu, bagi Saharudin Osman, tugas kali ini berbeza kerana selain mendapat peluang kali kedua untuk membuat pilihan setelah berlalunya PRU ke-14 yang […]

» Read more

PRK Semenyih: Zakaria Tumpu Bawa Masalah Rakyat

HULU LANGAT 28 Feb.- Berbanding calon Pakatan Harapan (PH) yang membawakan lima agenda bagi menambat hati pengundi di Semenyih, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi sebaliknya kekal dengan pendirian untuk hanya mengutamakan isu-isu rakyat. Jelas Zakaria, sebagai calon yang mewakili kerajaan, Muhammad Aiman memang sewajarnya membawakan kelima-lima agendanya itu malah berkemampuan untuk melaksanakannya. “Saya sebagai pembangkang tidak mahu berjanji apa-apa […]

» Read more

PRK Semenyih Platform Referendum Rakyat Tolak Fitnah, Tolak Penipuan PH – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menjadi platform terbaik untuk rakyat khususnya di kawasan tersebut menolak budaya politik fitnah yang sering didendangkan oleh Pakatan Harapan (PH), tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Ismail yang turut menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, ia juga sebagai satu referendum daripada rakyat terhadap […]

» Read more

Tok Mat Ingatkan PH Hati-hati, Jangan Terlalu Desak Melayu Dan Islam…

SEMENYIH, 28 Feb – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) mengingatkan Pakatan Harapan (PH) agar berhati-hati dan jangan terlalu mendesak Melayu dan Islam di negara ini. Jelasnya, sekiranya Islam terus diusik, beliau bimbang kemarahan orang Melayu tidak lagi mampu dikawal. “Jadi saya harap PH hati-hati. Jangan didesak sangat… jangan dihina sangat Islam. Seorang dua bolehlah saya sabarkan […]

» Read more

Jual Aset LTAT: Tak Mungkin Menteri Pertahanan Seorang Penipu, Sinis Najib

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mahu menuduh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedang menipu kerana tugas dan tanggungjawab sebagai menteri yang menjaga keselamatan awam adalah sangat berat. Justeru Najib beranggapan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bukan seorang penipu. “Tetapi, jika Mat Sabu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan […]

» Read more
1 1,909 1,910 1,911 1,912 1,913 2,077