Kemuncak Kempen Ribuan Hadiri Ceramah Perdana UMNO Dan Pas

SEMENYIH, 28 Feb – Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki sehari lagi untuk berkempen, UMNO dan Pas sekali lagi sepentas di ceramah perdana yang diadakan di Taman Sri Putra.

Seawal pukul 7.00 malam, jalan masuk ke taman ini telah mula sesak. Ramai yang ingin hadir awal bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk menjelang pukul 9.00 malam.

Hampir 5000 orang berkumpul di sini bagi mendengar ceramah yang bakal disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas,Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ceramah bermula, orang ramai menunaikan solat Magrib dan Isyak bersama-sama yang diimamkan oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas, Dr. Mohd Zamri Zainuldin. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.