Blok Pembangkang Harus Kuat Bagi Menentang PH Yang Bertulangbelakangkan Dap

SEMENYIH, 28 Feb – Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor, Dr. Mohd Zamri Zainuldin berkata, semak dan imbang amat penting untuk mewujudkan blok pembangkang yang kuat bagi menghalang ketidakbetulan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan yang bertulangbelakangkan Dap.

Jelas beliau, kerana itulah semua pengundi khususnya ahli UMNO dan PAS harus keluar mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini.

“Semua kena keluar mengundi untuk kita tunjuk protes kepada kerajaan PH yang bertulangkanbelakangkan Dap ini… kerana sejak mereka memerintah banyak perkara yang mereka lakukan melanggar Perlembagaan 153.

“Mereka mula mengatakan penceramah antarabangsa Dr. Zakir Naik sebagai ‘syaitan besar’… sedangkan beliau punyalah baik… menceritakan persamaan agama Islam dengan agama lain… bukan cerita perbezaan. Saya ingat kalau cerita perbezaan dah kena sumpit dah…. Dakwah yang sebegini baik pun dianggap ‘syaitan besar’.”

Kemudian katanya, mereka mempertikaikan sunat bagi wanita yang dianggap jenayah.

“Menteri ‘dinda kanda’ ni… isu berkaitan transgender mengenai kongsi tandas… marahlah muslimat kita… nak betulkan aurat…. Bila natizen mengamuk… cakap pula masuklah tandas OKU… OKU pula marah. Sudahlah ‘parking den selalu kena rembat’… tandas pun nak rembat… inilah jadi bila menteri agama dipergunakan,” ujar beliau ketika berucap dalam kempen PRK Semenyih di PDM Sesapan Batu Rembau malam tadi.

Justeru tambah beliau, bangsa Melayu-Islam perlu bersatu bagi menolak kerajaan sebegini.

“Dulu orang PAS tak pernah terfikir nak pangkah BN. Sebab itu masa PRK Sungai Kandis masih belum serasi bekerjasama.

“Tak lama lepas itu PRK Seri Setia pula… Orang UMNO kena pangkah PAS pula dan kemudian kita tunjukkan yang lebih baik pada PRK Cameron Highlands yang lepas.

“Sekarang… kita akan ulangi lagi di sini. Insha-Allah, BN akan menang di Semenyih,” ujar beliau dengan yakin. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.