Jom Ikuti Ceramah Perdana BN-PAS Malam Ini, Bersama Tok Mat Hasan Dan Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR, 28 Feb – Bermula hari penamaan calon pada 16 Februari lalu, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam 1 Mac di mana 53,520 pengundi biasa berdaftar (951 pengundi awal) di kawasan tersebut akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka pada keesokannya, 2 Mac.

Barisan Nasional (BN) yang dibantu parti PAS hadir dengan pelbagai corak kempen menampilkan calonnya, Zakaria Hanafi, 58, berkempen rumah ke rumah, ceramah berkelompok, menemui hampir kesemua pengundi, tidak melakukan provokasi, tidak menjanjikan bulan bintang serta pemberian hamper selain menolak kempen politik fitnah tidak seperti Pakatan Harapan (PH).

Malam ini, akan diadakan ceramah perdana yang menampilkan gabungan pimpinan BN dan PAS iaitu Timbalan Pengerusi BN, Datuk Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man serta tidak ketinggalan calon BN, Zakaria Hanafi.

Program yang diadakan di Padang Permainan Jalan SP5, Bandar Seri Putera, Bangi itu dijadualkan akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan tazkirah selepasnya dan juga solat Isyak berjemaah di mana hadirin dialu-alukan membawa sejadah untuk keperluan menunaikan solat.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke tapak program, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan ceramah perdana tersebut secara langsung (Facebook Live) melalui platform Facebook rasmi UMNO Online, www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Buat pengundi PRK DUN Semenyih, selamat mengundi, hadir ke pusat pengundian di awal waktu bersama dengan dokumen pengenalan diri yang sahih dan pilihlah Barisan Nasional, ‘Bukti Bukan Sekadar Janji’. – MediaUMNO

—— ——– ——–
Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.