Penguatkuasaan Kena Tegas, Tapi Perlu Adil Dan Bertimbang Rasa – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pelbagai lagi bentuk pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) janganlah dilaksanakan sehingga menjadi beban dan kesusahan kepada rakyat. Jelas beliau, pelaksanakan perlu dilakukan dengan tegas tetapi haruslah bersifat adil dan bertimbang rasa. “Keadilan di tangan kanan, ihsan […]

» Read more

Hutang 1MDB RM32 Bilion, Hasil RM33.4 Bilion… Hutang Tak Dibayar, Ke Mana Pergi Duitnya?

SETELAH kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9 bilion, Menteri Kewangan PN beri alasan kerajaan terbeban dengan hutang RM32 bilion 1MDB pulak. Dah mula cakap macam Guan Eng ni walaupun ini bulan Ramadan. Ratib hutang 1MDB tapi tak jelaskan berapa dana yang sudah dibayar balik dan aset-aset yang masih dalam 1MDB. Ini realitinya. Hutang 1MDB ditinggal […]

» Read more

Peniaga Burger Kompaun RM50,000: Rakyat Marhaen Terus Kena Tindakan, Golongan Kayangan Pelbagai Alasan

KUALA LUMPUR, 27 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hairan berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila melibatkan rakyat marhaen kerajaan tidak bercakap banyak dan terus memberikan kompaun. Tetapi katanya apabila melibatkan golongan kayangan atau artis berkahwin, pelbagai alasan diberikan. “Antaranya kompaun masih belum dapat dikenakan, kertas siasatan sedang disiapkan, kertas siasatan […]

» Read more

Budaya Gangguan Seksual Perlu Dititiknoktahkan, Bukan Satu Gurauan – Norliza

KUALA LUMPUR, 27 April – Wanita UMNO dan Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang memberi amaran keras supaya budaya gangguan seksual hendaklah dihentikan serta-merta bermula dari peringkat sekolah dan sistem pendidikan di negara ini. Tegas ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim, sudah tiba masanya Malaysia sifar gangguan seksual kerana ia boleh dikategorikan sebagai satu bentuk ugutan dan ancaman yang dilihat masih […]

» Read more

SMK CBN Simbolik Cerita Malaysia, Pendidikan Bukan ‘Streo-type’ Untuk Semua Sekolah – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 27 April – Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (SMK CBN) seharusnya dijadikan tapak warisan negara seiring dengan sejarah dan jasanya dalam bidang pendidikan kerana Malaysia perlukan kepelbagaian dalam kecemerlangan dan bukan ‘streo-type’ dan model yang sama untuk semua sekolah. Jelas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ini kerana sejak keberadaan sekolah yang berusia 120 tahun […]

» Read more

Samakan Wang KWSP Dengan KWAN, ‘Kluster Spin’ PPBM Masih Dengan ‘Kelentongan’

KUALA LUMPUR, 27 April – Ada nama besar PPBM yang belum habis dengan ‘kelentongan’ walaupun sudah menjadi kerajaan di mana ‘Kluster Spin’ ini akan memutarbelit segala fakta untuk kepentingan parti itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bidas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, mungkin sebab itu ‘Kluster Spin’ ini dapat jawatan penerangan dalam parti serpihan UMNO […]

» Read more

Jenayah Rogol Bukan Bahan Lawak PdP, KPM Perlu Ambil Tindakan Tegas – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 27 April – Tindakan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, disifatkan sebagai tidak profesional dan memalukan institusi keguruan di negara ini, bidas bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, kejadian itu tidak boleh dianggap terpencil dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu […]

» Read more

Peniaga Burger Dikompaun RM50,000 : Pemuda UMNO Kelantan Tawar Bantuan Guaman, Harap Kerajaan Teliti Kembali SOP

KOTA BHARU, 26 April – Terpanggil dengan keluhan anak muda yang gigih mencari pendapatan serba kekurangan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan bersedia memberi bantuan guaman kepada seorang peniaga muda yang dikompaun sebanyak RM50,000. Kata Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor, ia sejajar dengan khidmat bakti Pemuda UMNO yang sentiasa berkhidmat untuk kebajikan rakyat. “Barisan Peguam […]

» Read more

Sudah-sudahlah, Hentikan Tabur Fitnah Kononnya UMNO Ada Masalah Dalaman – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO tidak gilakan kuasa dan walaupun dalam situasi sukar, kesetiaan dan keikhlasan anggota parti sangat besar. Ahmad Zahid berkata demikian berikutan beliau melihat masih ada pihak tertentu yang menaburkan fitnah kononnya UMNO memiliki masalah dalaman. “Kononnya saya dan KJ bergaduh besar di bulan Ramadan. […]

» Read more

Kenapa Lewat, 12 Barang Sahaja? Menteri Pengguna Mana… Lebih Baik ‘Hibernate’ Dalam Gua

KUALA LUMPUR, 26 April – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akhirnya mengambil tindakan menetap harga siling bagi barangan keperluan setelah diarah oleh perdana menteri untuk mengambil tindakan setelah sekian lama rakyat merungut mengenai kenaikan tersebut. Bidas Ketua Pegerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan, itu pun setelah lebih seminggu berpuasa, harga […]

» Read more
1 1,725 1,726 1,727 1,728 1,729 2,425